Friday, July 31, 2009

Thursday, July 30, 2009

Wabak dan penyakit ?


>Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam.

Mukaddimmah

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda:

لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

dipetik dari blog : http://akhisalman.blogspot.com

erm.. macam-macam penyakit.. SARS, selsema burung, H1N1.. adakah kita sedar yang dunia semakin parah? huhu.. mampukah UBAt dan doktor merawat segala luka luar dan dalam pesakit? tepuk dada,tanya organ yakni panca indera kita..wallahu'alam ("_) min ss.

~ simple_shida

Untukmu Wanita..kerana dirimu begitu berharga!

Majlis Memperingati Saidatina Khadijah al-Kubro..



untuk lebih lanjut..jom klik!

Soul Searching..


"..katakanlah, Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu satu, dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri." - Al-ankabut: 46

meyakini bahawa menyampaikan kebenaran itu wajib bagi setiap 'believers', maka kedua-dua merasakan perlu ada pencerahan antara satu dengan yang lain.

menyedari juga bahawa mereka yang "ingkar" itu adalah mereka yang menutup kebenaran, justeru harus disampaikan kebenaran kepada semua umat manusia, atas rasa kasih dan sayang sesama insan. selebihnya terserah untuk memilihnya.

mudahan2 TUHAN membuka pintu2 hati kita menerima petunjuk dan pertolongan-Nya.

Din : Saya ingin bertanya, apa alasan saudara bahawa Jesus itu anak Tuhan?

Antony : Dalam Matius, fasal 3, ayat 17, menyebut demikian,
"Inilah anak-Ku yang Ku kasihi, kepadanya Aku berkenan."
Manakala dalam Lukas, fasal 4, ayat 41, menyebut, Jesus itu anak Allah.

Din : Kalau begitu, sila buka Matius, fasal 5, ayat 9..?

Antoni : "Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, kerana mereka itu akan disebut anak-anak Allah."

Din : Berdasarkan ayat itu, sesiapa yang mendamaikan manusia menjadi anak-anak Allah juga. Jadi bukan Jesus sahaja anak Allah.

Antoni : Ada lagi, ayat lain dalam Yahya, fasal 14, ayat 9,
"Sesiapa yang sudah nampak Aku, ia sudah nampak Bapa".
Ayat 10 juga ada menyebut,
"Tidakkah kau percayai Aku ini di dalam bapa, dan bapa dalam Aku".

Din : Baiklah, sila periksa Yahya, fasal 17, ayat 23.

Antoni : "Aku di dalam mereka itu, dan engkau di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna dalam Persekutuan".

Din : Kata 'mereka' dalam ayat ini ialah sahabat Jesus. Sedangkan yang dimaksud dengan 'Aku' ialah Tuhan. Jadi kata 'Aku' beserta 'mereka' bererti Tuhan beserta sahabat2 Jesus.
Kalau saudara percaya mengenai kesatuan Jesus dengan bapa, maka saudara pun harus percaya dengan sahabat Jesus yang seramai 12 orang.
Jadi bukan Jesus dan roh suci sahaja menjadi satu dengan Tuhan, harus ditambah 12 orang lagi.

Antoni : Tunggu dulu ustaz. Ini membingungkan saya.

Din : Tentu lebih membingungkan saudara kalau saya tunjukkan ayat yang lain. Sila periksa, Yahya, fasal 17, ayat 3.

Antoni : "Inilah hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau. Allah yang Esa dan Jesus yang telah Engkau suruhkan itu".

Din : Tuhan yang Esa bererti satu. Dan ayat ini juga menyebut bahawa Jesus Kristus itu Pesuruh Allah.
Jadi yang mana benar?
Bible yang diakui kitab suci oleh saudara...
tetapi isinya bertentangan antara satu dengan lain..ada ayat yang menyebut Tuhan dengan Jesus menjadi satu. Ada yang menyebut tunggal, sedangkan ayat tadi pula menyebut Jesus itu pesuruh Allah.
Mengikut pengakuan saudara suatu kitab suci yang kandungan ayat-ayatnya bertentangan antara satu dengan yang lain terbatal kesuciannya. Yang disebut suci itu bersih dari kekeliruan dan perselisihan.

Antoni :Ada lagikah ayat yang menyebut demikian? Maksud saya yang menyebut Tuhan itu Esa (satu), bukan tiga menjadi satu..Ada?

...

...
"Dan janganlah kamu berdebat (berdialog) dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), melainkan dengan cara yang terbaik.." Al-ankabut: 46

~ nunwowro, inspirasi komik "Mencari Kebenaran" terbitan Persatuan Ulama' Malaysia.

Wednesday, July 29, 2009

Tiada istilah "Putus Harap"

alhamdulillah nafas ditarik lega setibanya aku di pejabat...
agak terlewat rasa berdosa tercetus di dalam hati ini..
aku menghantar adikku adibah dan beberapa sahabatnya yang naik bersamaku pagi ini untuk pergi kursus di kolej zaa'ba.
Lantas aku merebahkan punggung di atas kerusi ...

seperti kebiasaannya aku mengangkat tangan berdoa kepadaNya sebelum memulakan kerja...



ربي اشرح لي صدري ويرسرلي أمري وحلل عقدة من لساني يفقه قولي ونزعنا ما فى صدورهم غل اخوانا على سرر متقابل امين

Ya Allah teringat tadi aku hampir berlanggar dengan bus dan sebiji kereta yang datang bertentangan aku dek kerana aku memotong sebuah bus dan tidak lepas...


alhamdulillah ya Allah...
alhamdulillah ya Allah kau lindungi kami ya Allah terima kasih ya Allah. sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pelindung ...

syukur aku diberikan kesempatan lagi untuk meneruskan hidup dan segala amal dunia...

yang penting ya Allah banyak lagi tanggungjawabku yang belum ku selesaikan untuk mempersiapakan diriku melakukan amal ma'ruf nahyu mungkar..

untuk suamiku yang soleh juga ya Allah yang sentiasa bersamaku dalam susah atau sedih ya Allah. suamiku juga berjaya mendidikku hari ini menjadi seorang isteri yang solehah yang hanya tempatnya adalah berbakti untuk suaminya dan islam ya Allah..
dan seorang anak yang solehah yang Allah yang masih memerlukan didikan dan kasih sayang dariku ya Allah..

kasih ayahnya jauh ya Allah...

terkadang bila aku melihat mata anakku aisyah wafa' yang hidup tidak tahu dimana satu rumahnya ya Allah, berpindah ke sana sini...
mengalir air mataku ini ya Allah...
ku bisikkan di telinga anakku ...
aisyah sayang ummi...
kita diuji dengan berbagai2 ujian nak...
sayang kena kuat...
jadi anak yang solehah...
ini semua adalah ujian dari Allah kerana Dia sanagat sayangkan kita sayang...
di mana sahaja kita berada disitulah rumah kita nak...
tidak penting di mana kita tinggal sayang..

yang penting kita berada dekat dengan Allah sayang...

ya Allah air mata ummi tidak dapat lagi ditahan...
mengalir ...
ummi selalu berdoa agar ummi dikuatkan oleh Allah sayang...

walaupun suamiku jauh dengan cahaya solehah kami aisyah wafa',
ku yakin dengan kejauhan ini yang hanya berpisah keranaMu ya Allah...
titipkan kasih sayang Engaku melebihi segalanya pada anakku ya Allah...

terima kasih ya Allah..

teringat ummi lagu nasyid yang didendangkan oleh raihan...
setiap kekasih Allah menempuhi jalan ini,
untuk mereka memiliki kejayaan,

ayuh bersama kita susuli perjalanan kekasih Allah
agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini....

betul sayang...
setiap kekasih Allah yang meniti jalan perjuangan ini tidak mudah jalannya sayang... Allah hidangkan kita berbagai ujian ...

aisyah wafa' (hidup untuk menepati janji pada Allah) nama yang ummi abi pilih berdasarkan istikharah pada Allah sayang....
cantik nama sayang...
sayang hidup untuk menepati janji pada Allah sayang...
janji hidup sebagai hamba memperhambakan diri kita padaNya...
berjuang pada jalan Allah..


sayang..
ummi akan mempersembahkan aisyah wafa' pada Allah untuk berjuang pada jalan Allah mati dalam memperjuangakan agama Allah....
ya Allah engkau mendengar keluhan dan doaku ya Allah...
makbulkan doaku ya Allah...
amin ya Rabb...

ayuh adik2 kita bersama memuhasabah diri kita...
agar sentiasa rasa rendah diri pada Allah dan manusia...
semoga dipelihara Allah daripada bisikan kefasikan..."putus harap"..astaghfirullahal azim.

~ insan yang sangat kerdil...ummu aisyah wafa'

Usah Putus Harap..



Hari ini ‘bad luck’…semuanya buat kita ‘bengang’..inilah nasibku yang ‘malang’..

Aduh! Sebenarnya kebutaan dan kejahilan yang melampau..

Kerana keraguan, bisikan dan kebimbangan yang diwujudkan sendiri…
Rasa ‘sakit hati’ yang bertubi-tubi inilah yang menjerumuskan kita kepada putus asa atau putus harap..

Ayuh ubah arah sikap kita..buang jauh persepsi kita..
Terhadap Al-Quran yang Agung lagi Mulia..
Ketahuilah..
Ia panduan, rahmat dan khabar gembira…malah lebih luas lagi hikmahnya..

Setiap peristiwa yang menimpa kita adalah yang terbaik untuk kita..
Dia yang Maha Esa..Dia Maha Berkehendak..
mencipta yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.
Dia Allah..
telah mencipta banyak kebaikan daripada peristiwa-peristiwa yang melanda kita..
Kita..
Menerima nikmat mendengar, tanpa perlu diminta telinga untuk mendengar..
Menerima nikmat kaki berjalan, tanpa perlu diminta kaki untuk berjalan..

Justeru..pada-Nya hanya kita berharap..

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..” – al-Baqarah:216

Menyedari hakikat sesuatu datangnya daripada Allah….
Melalui-Nya akan menyebabkan orang yang beriman tidak merasa sedih atau negatif..
Melalui-Nya mereka tidak terjerumus ke dalam putus asa di dalam apa keadaan sekalipun...
Malah melalui-Nya lahir akhlak yang terbaik.
Tiadalah langkah yang sumbang dan sumbing..



"...sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap.."
- as-Sajdah:16

Ayuh tinggalkan putus harap!
Ayuh sentiasa berharap dan teruskan berharap!

"..jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." - surah Yusuf:87

semoga dijauhkan daripada belenggu syaitan dan putus harap..

~ nunwowro, inspirasi karangan Harun Yahya dalam Prasangka Baik di dalam Al-Quran dan diterjemahkan oleh Noraine Abu. Semoga Allah merahmati usaha mereka..

Monday, July 27, 2009

Mimpi Seorang Gadis



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket ba jun ya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis m alan g ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk mengh alan g api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pah alan ya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

~ ummijihad, inspirasi program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood, gambar di atas sekadar hiasan shaja.

Guru tuisyen diperlukan

Tawaran Kerja Sambilan

Guru tuisyen diperlukan.

-Tuisyen di rumah

-Guru wanita sahaja

Subjek (SPM): M3, English, Sains

Sila hubungi En. Abu Bakar: 012-6266124

N0 42, Jalan Jaya 5, Bandar Tun Razak, Cheras.. (sbelah HUKM)

~ ummibasyar

Natrah..

Pulanglah Natrah

Disebuah desa yang permai
Kisah ini terjadi
Gadis yang berbudi
Pekertinya tinggi
Oh Natrah, nama di beri

Disebuah desa nan indah
Ditemani suami tercinta
Dan si ibu tua
Penuh nostalgia
Namun hanya sementara

Tiba-tiba...
Lembayung senja
Meragut segera iman dihatinya
Tiba-tiba...
Samudera ombak
Merempuh tembok hidayah didadanya
Dan Natrah ...
Dan Natrah menangis tersendu
Merenung suratan
Yang tak pernah diduga

Natrah kini dibawa pergi
Entah bila kan kembali
Tak upaya dia mengulangi
Kisah Masyitah yang tinggi
Hanya doa petunjuk Ilahi
Cinta kan bersemi lagi

Demi cita dan airmata
Kau harungi lautan ombak bergelora
Demi cinta yang terlara
Kau dijejaki lembah derita

Oh Natrah ...
Andai kau mendengari
Suara hati kecilku ini
Ku pujuk rayumu
Agar kau sedari
Pintu hidayah terbuka lagi

Oh Natrah ...
Tentu masih kau ingat
Syahadah... manisnya dibibirmu

Pulanglah...oh Natrah
Harumkan setanggi di pusara hidupmu.

Munsyid: Al-Wadi

Carilah siapa dia???

Pasti akhirnya anda akan BANGGA dengan Islam yang anda miliki.

TEGAKKAN ia dalam DIRIMU.

Jangan biarkan belenggu jahiliah meragut imanmu.

~ ummibasyar

Sunday, July 26, 2009

Friday, July 24, 2009

JOM.."Terangkan hati..Kuatkan ingatan!"



Anda punya anak yang akan menghadapi peperiksaan?

Ingin membentuk peribadi anak2 secara berterusan..

cemerlang akademik,sahsiah dan agamanya?

insyaallah..

Ditawarkan perkhidmatan kelas tuisyen untuk anak-anak di rumah Tuan2 dan Puan2 untuk apa-apa subjek yang diinginkan..

dan tambahan pengajian Quran dan Agama untuk mereka.

Berikut adalah sedikit informasi mengenai diri guru:

Nama : Mohd Shahrul b Abu Bakar

Pengajian :
1) Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ,(2003-2005)
2) Tahun 3, Kejuruteraan Bahan, Universiti IslamAntarabangsa (sekarang)
3) Kursus Bahasa Arab, Ilmu dan Quran. Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyik, Syria.(April - July 2009)

Project Manager di Al-Ansar Group dan Trainer di Ellipse Training Centre (ETC).

laman komuniti alumni ETC



Berikut pula adalah modul home tuisyen:
30 minit pertama - Tilawah Quran dan Tadabbur
2 jam berikutnya - Pengajian subjek-subjek yang di inginkan.

Kelas di adakan sebanyak 2 kali seminggu dgan kadar bayaran RM 6o.00 untuk 2 jam pengajian..


Kelas Quran dan Tadabbur adalah percuma

Juga..anak2 Tuan2 dan Puan2, akan dapat bersama2, dalam program2 bermanfaat anjuran Ellipse Training Centre untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama.
Kepada yang berminat,sila hubungi Shahrul di talian : 013-6288545

Thursday, July 23, 2009

jOM LEPAK!!


yeahhh!! syoK nye LEpak..
jom.. pada remaja khususnya jom HEboh ke JOm Lepak bersama team NISA'.
26 julai 2009 - ahad jm 5petang. kalau nak mai awal dialukan..
kita solat jemaah asar bersama.

pakat ajak kawan-kawan sekelas, adik, kakak, makcik, sedara mara jiran tetangga ye.. masuk PERcuma!! bestt bestt.. datang jangan tak datang ye.

kita jumpe di sana...di mana lg? di JOM Lepak!! ;)

Wednesday, July 22, 2009

Pertemuan Dengan Tuhan..

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Allah Azza wajalla berfirman;
"Aku sediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, dan belum pernah terlintas dalam hati manusia. bacalah jika kalian inginkan(tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan-as Sajadah:17)." - HR al-Humaidi/sohih

Nisa' BTR mengucapkan salam takziah kepada Shahirah sekeluarga.

Ayuh disedekahkan Al-Fatihah buat almarhum nenda Shahirah (J/K Nisa' BTR).

Beliau telah meninggalkan kita pada petang 22 Julai 2009. mudah2n almarhum nenda beroleh bahagia di sana dengan meninggalkan generasi yang solehah.

Semoga ditempatkan bersama di kalangan orang2 yg beriman dan para syuhada'.
Al-fatihah...

janji Allah itu benar..pertemuan dengan-Nya juga benar.


~ nunwowro

Jom..Teka!

Cuba Teka..??
SATU...

DUA..

TIGA...

EMPAT...

Tunggu jawapannya..

"Orang2 yang beriman dengan 'ayat2 Kami', hanyalah org2 yang apabila diperingatkan dengannya, mereka mnyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri" - as-Sajdah:15

Nah jawapannya..
1.Vilus pada usus kecil
2.Salur darah dalam saraf optik
3.Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)
4.Telur/Ovum dengan sel korona

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250000 kali ganda.

MAHA SUCI ALLAH..

~ nunwowro, ikhtibar ayat di atas mempunyai luas maksudnya, ambillah 1 daripada sekian banyaknya ikhtibar yg ada dalam ayat ini.

Tuesday, July 21, 2009

Jom..Tonton "COVER GIRL"


Adni Islamic School
brings to you
a performance themed
~COVER GIRL~
on 26th July 2009 Sunday, 2 p.m. - 5.30 p.m.at KL Convention Centre
Directed by Erma Fatima & MC is Wardina.
open only to all sisters, wives & mothers
WOMEN as ordained by Allah s.w.t. have been endowed to receive God's creation.
This is an honour and responsibility given and women are accountable for their part in shaping and molding the next generation.
In realising the importance of women's role in our society from the beginning of time, Sekolah Islam Adni, is organizing ALL-Women theatre performance touching the life experiences of women in different countries that can be shared and learnt together.
The theme is "COVER GIRL".
Cover Girl is the Muslim women who draw their outer garments around themselves. Cover girl is also the unique face that draws ones attention on a front page that highlights her beauty, dignity, honour and importance.
That is the distinctive women, wives, mothers and sisters featured and honoured on the front page of life itself.The entire stage show is produced, directed and managed by the women from the family of ADNI.
Women who have carved a name for themselves in the society like Erma Fatima, is the Director of the play and Wardina is our MC for the evening. The scripts are written by the students, teachers and members of Adni Alumni.
Ticket prices RM 20, RM 40, RM 60, RM 100 & RM 200 each.
They are available at ADNI office in Taman Sri Ukay.
Proceeds of the show will be donated to the Palestinians in Gaza.
enquiries: e-mail to nihlah.j@gmail. com
Nihlah Johari
CIE Engineering IIUM
+6012-258 5775
~ ungguviolet

Jom...Solat! Check it Out!

Tips untuk memperbaiki solat kita
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocure, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

~ Shierah Ivy, inspirasi http://tazkirah.blogdrive.com/

Kematian MJ..Pembunuhan Marwa

Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.
Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY


Gambar : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya
Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.


Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.



Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di `medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata `tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!


Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.
Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.



THAILAND & URUMQHI CHINA


Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer. Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.

Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.



Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.
Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.
Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur. Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.



DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM


Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.
Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.



Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.



Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.
Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.
Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.



KESIMPULAN

Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.
Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai `ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini. Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Info anti Islam di Barat .



Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.



Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah swt :
Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.


"Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Taubat : 24 )



Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.


terpanggil rasanya utk berkongsi tentang isu terkini yg melanda negara Islam sesaudara kita... sejauh mana kepekaan kita sesama Islam terhadap isu ini...marilah kita fikir2 kan benarlah kata Nabi di akhir zaman, umat Islam ramai tp ibarat buih2 dilautan, bila dipukul ombak habis semuanya hilang, moga2 kita x tergolong di kalangan buih2 itu... mungkin inilah natijahnya: apa yg berlaku t'hdp umat Islam hari ini adlh krn sikap umat Islam itu sendiri... wallahua'lam berdoalah mg Allah berikan kekuatan utk kita menyumbang sesuatu utk Islam InsyaAllah


~ Shamsyifa', inspirasi tulisan ustaz Zaharuddin Ab Rahman dalam http://www.zaharuddin.net/

Monday, July 20, 2009

Jom..Say 'NO' to 'SELUAR KONTOT'!


"Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty; that they will make for greater purity for them;and Allah is well acquanited with all that they do." - Surah An-Nur:30

People usually discuss 'hijab' in the context of women. However, in the Glorious Qur'an first mentions 'hijab' for men before women.

The moments a man looks at a woman and if any brazen or unshamed thought comes to his mind, he should lower his gaze. Also asked when the moments a man looks at a man..he also should lower his gaze. of course, it's so chalenging since MU was coming.

~ nunwowro, inspires from 20 Common Questions about Islam by Dr Zakir Naik.

Jom..RefLeksi diri ("_)

Seksaan ngeri nanti wanita tak beriman

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

adik confuse akak tak takut ka?

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Berkasihlah..bercintalah hingga ke syurga.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

huhu.. adakah kita salah seorang calon di ATAS.. nauzubillah, moge dijauhkan.
sama-sama ambil ikhtibar sempena hari ini 27 rejab yakni isra' mikraj.

kartun terpelihara lagikan indah dipandang..inikan pula wanita real hiasan dunia.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, seperti mana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18).


Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

~ simple_shida, inspirasi..
http://ustazmoden.wordpress.com/2008/07/30/isra-mikraj-satu-kupasan-lengkap/
http://mindnumbingnotes.blogspot.com/2008/08/peristiwa-israk-mikraj.html
nak tahu kisah cerita 7 laluan langit yang Nabi Muhammad s.a.w tempuh dan harungi..
jom kita layari blog ilmiah ni.. rugi kalau tak klik.. jom.. kita kelik ;)

Thursday, July 16, 2009

Eksklusif Untuk Wanita..7

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi." - (Muttafaq 'alaih)

bagaimana mendapatkan cinta penghuni langit, bumi dan seisinya?
bagaimana mendapatkan cinta para malaikat dan kekasih2-Nya?
bagaimana mendapatkan cinta dan HATI yang dikasihi Allah?

Dengan rendah diri, NISA' BTR mengajak semua ke..

Eksklusif Untuk Wanita (EUW-7)
HATI-HATI YANG DIKASIHI ALLAH
pada 18 Julai 2009, 9.30 AM
bertempat di MADRASAH ASY-SYAKIRIN,BANDAR TUN RAZAK

(berhampiran LRT Bandar Tun Razak)
dengan kerjasama PERKIM & NISA' BTR.

Pendaftaran keahlian Nisa' juga dibuka kepada semua yang berminat bersama-sama menyertai komuniti Nisa'.

Pendaftaran untuk program Unit Kebajikan juga dibuka kepada IBU-IBU TUNGGAL & IBU-IBU TINGGAL

Wednesday, July 15, 2009

It's beak is quite a handy carryall?


Pelican..the one who help Nemo to go out from the cruel dentist(finding Nemo)!
ya using it's beak..can also use to catch a lot of fish in it's big beak..

some pelican chicks have black feathers when they hatch, when they are older they will turn white. even looking black in colour or even looking in a big group of pelican chicks..the parents can still find their own chicks.

don't we think..this is coming from someone?

a creator!

and of course..The Creator is someone who have an extraordinary of Intelligences to create all these.

So, who makes a pelican a pelican?

Do you?

~ nunwowro, inspires from "My Very 1st Encyclopedia".

Tuesday, July 14, 2009

JOM.."Kembalikan Rasa Bertuhan, Rasa Beribu Bapa"..



Hubungi : Ust Ahmadi Baharudin ,
019-6351025 @ 012-2073938

JOM JOIN...BADMINTON TEAM nisa' WP



Setiap Selasa 8-10pm

Hubungi Faz: 012 294 5732

Creeping..Crawling..Flying!

Have you ever wondered why a spider can crawl all over its web and not get stuck?

The Creator creates it..

It's tiny feet have a special oil on them. The oil makes the web slippery so they don't get stuck!

and of course..The Creator is someone who have an extraordinary of Intelligences to create all these.

So, who makes a spider a spider?

Do you?

~ nunwowro, inspires from "My Very 1st Encyclopedia".

Monday, July 13, 2009

Rahsia..


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq @ dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

~ Syamsyifa'

JOM ...Cuba!

Selepas penat berprogram, jom kita rehat sekejap sambil makan ais krim!
Resepi di bawah ini memang pernah di cuba oleh penulis dan menjadi.


=Bukan gambar sebenar, sekadar cadangan hidangan=


Aiskrim

Bahan-bahan:
270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
Perasa-Coklat, stawberi, jagung, kacang merah, durian (Mengikut selera masing-masing)

Cara-cara:
1.
Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar.
2. Kacau hingga semua larut dan sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam sehingga 3/4 beku).
4. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl.
5. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
6. Masukkan perasa yang dikehendaki ( Coklat, stawberi, jagung, durian ) dan putar 1 - 2 minit hingga sebati.
7. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
8. Boleh dihias sesuka hati dengan coklat masakan dan kekacang.

P.S: Boleh juga menggunakan susu segar berperisa jadi tidak perlu menggunakan bahan perasa berasingan.

Selamat mencuba!

~ shierah ivy

JOM JOIN...Talkshow Nisa'


TALKSHOW
“Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”

Penceramah : Ustaz Uda Bin Kassim
( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)

Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)

Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG

Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC

Semua dijemput hadir beramai-ramai. ......

Minum petang disediakan!!

Hubungi :019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426

Anjuran :Unit Pembangunan Insan, NISA` Wilayah Persekutuan

Thursday, July 9, 2009

JOM JOIN...Jiwa Merdeka!

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"
(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)



Membentuk jiwa merdeka

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor


SASARAN: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)

Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:
Azlin: 013-303 7867
Nurani: 013-611 4832
Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@ yahoo.com

Daftar segera, tempat adalah terhad.

~ nunwowro

JOM JOIN...Young Muslims Project!


p/s: klik pic utk lebih jelas
~ nunwowro