Monday, April 27, 2009

JOM..Cinta Sebelum Kahwin

..selepas engkau benar-benar berani hadapi semua ini..


# kelak dirimu ibarat lembu yg ditarik hidung oleh nafsu.

# menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagimu seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanmu daripada-Nya.

# hati akan terseksa dengan barah rindu.

# rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

# cinta lalai akan menyebabkanmu alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

# engkau boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

# fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

# jiwamu terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk dirimu.

# jika engkau dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat engkau pastinya.

dgn harapan semoga terjawab soalan ni, "boleh ke teacher kalau baru form 1 ada couple?"..budak baik..soalannya pun baik sekali..
kejarlah Allah SWT sebelum mengejar manusia. tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, pasti kau tidak akan mudah utk merasa bahagia. sia-sialah segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. kelak ia akan meluputkan berkat hidupmu..

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika solat, kedua ketika membaca al quran dan ketiga ketika engkau mengingati kematian. Jika pada tiga tempat itu engkau tidak menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya engkau ketika itu tidak memiliki hati"- Al Imam Al Ghazali


buat yang pernah tersilap..usah dikesali takdirmu..sesalilah dosa-dosamu yang lalu..supaya engkau lahir hari ini sebagai orang baru..
nama si dia telah pun tercatat di lohmahfuz untukmu..namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu..jika engkau mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah..soleh dan solehahkanlah dirimu..

~ nunwowro, inspirasi Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul, tulisan Fatimah Syarha.

Sunday, April 26, 2009

TAHNIAH!..NIG'09


alhamdulillah..
terima kasih byk2..nisa' Malaysia n yang sewaktu dgnnya..
NIG'09..sarat dgn makna n hikmah..
memberikan motivasi..menyuntikkan semangat..











TAHNIAH!..
solehah..kak faz n d geng..adik al-jawahir..adik asyikin..
dan semua kontinjen WP..

~ nunwowro

meraikan mereka sebelum mereka diraikan yg lain..II


bagaikan permata..

di celahan kaca..

kerdipnya sukar utk dibezakan..

kepadaMu Tuhan kami pasrahkan harapan..

moga mereka tak tersalah pilihan..

jadikanlah mereka penyejuk mata dan hati..

yang memakmurkan bumi..
ameen..

~ nunwowro, ALBUM KRI..28 Mac 2009..jam 8.00-2.00 pm..Tmn Melewar..

Monday, April 20, 2009

Semoga bukan kita mereka yg CELAKA itu..

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.

Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

Sembahyang itu adalah cahaya.

Sedekah itu adalah saksi.

Sabar itu adalah sinaran.

Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.

Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

~nunwowro

Merintis Perubahan...Nisa' Indoor Games



minda yang cerdas dari jasmani yang cergas..walk-in juga dialu-alukan..

~ nunwowro

Sunday, April 19, 2009

JAWATAN KOSONG

ASSALAMUALAIKUM...

DIJEMPUT SEMUA PEMBACA YANG BERMINAT DAN MASIH MENCARI2 KERJA YANG SESUAI DENGAN DIRI UNTUK MEMOHON JAWATAN KOSONG, MAKLUMAT LANJUT SEPERTI DI BAWAH :

1. KERANI STOR
2. JURUTERA MEKANIKAL
3. JURUTERA ELEKTRIKAL
3. JURUTEKNIK AIR CONDITION
4. WIREMAN/JURUELEKTRI K
5. PEGAWAI TADBIR & ACCOUNT
6. AUTOCAD DRAUGHPERSON

UNTUK JAWATAN 1: BEKAS PELAJAR SEKOLAH PONDOK & SEKOLAH AGAMA DIGALAKKAN MEMOHON, MINIMUM SPM, COMPUTER LITERASI (MS EXCELL & WORD),LESEN MEMANDU(GDL IS AN ADVANTAGE)

SILA HUBUNGI:
USRAHLITE ENGINEERING (M) SDN BHD
22 JALAN BANDAR 3
TAMAN MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR
03-41085128/ 41070104, FAX 03-41075237
email: usrahlite@gmail.com


-ungguviolet-

Friday, April 17, 2009

Belajar dari Umar..1..6..5


Dari Umar radiallahu 'anh, katanya:

"Pada suatu hari kami duduk di sisi Rasulullah sallahualaihu alaihai wa sallam tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang bersanggatan putih kainnya, bersanggatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang edang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi sallallahualaihi wa sallam lalu ia menyandarkan 2 lututnya kepada 2 lutut Nabi sallahualaihu alaihai wa sallam dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas 2 peha Nabi sallahualaihu alaihai wa sallam.

Kemudian ia berkata : Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku dari hal Islam.

Maka Rasulullah berkata : Islam itu ialah apabila engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadhan, dan engkau mengerjakan Haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya.

Ia berkata : Benarlah engkau.

Maka kami pun tercengang kerana ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Katanya lagi : Maka khabarkan kepadaku darihal iman.

Rasulullah menjawab : Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada taqdir baikNya dan jahatNya.

Ia berkata : Benarlah engkau.

Kemudian dia bertanya lagi : Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal ihsan.

Rasulullah menjawab : Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat engkau.

Akhirnya ia berkata (meneruskan pertanyaannya lagi) : Maka khabarkan kepadaku darihal Hari Qiyamat.

Rasulullah menjawab : Tidaklah yang datang daripadaNya lebih tahu daripada orang yang bertanya.

Kalau begitu, katanya : Khabarkan kepadaku tanda-tandaNya sahaja.

Rasulullah menjawab : Tanda-tandanya itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut, tdak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggikan binaan.

Kemudian ia pun pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu, Rasulullah bertanya : Wahai Umar, adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu?

Kataku : Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Rasulullah berkata : Sesungguhnya itulah dia Jibrail yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu."

- diriwayatkan oleh Muslim..

~ nunwowro, inspirasi Hadis 2, dapatkan syarahnya daripada Hadis 40, susunan Mustafa 'Abdul Rahman.

Thursday, April 16, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009.....



Klik untuk maklumat lanjut

-ungguviolet-

Sunday, April 12, 2009

Eksklusif Untuk Wanita..

JEMPUT DATANG KE:

-ungguviolet-

Pencarian Diri...Makna Hidup..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim
tanda-tanda keagungan(Kami yang terdapat)..
di langit dan di bumi...
dan (kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin..
ketika malam telah gelap,
dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata,
"Inilah Tuhanku",
tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata,
"Saya tidak suka kepada yang tenggelam"
Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dan dia berkata,
"Inilah Tuhanku",
tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata,
"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat"..

Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata,
"Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar",
maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata,
"Hai kaumku, sesungguhnya aku terlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.
Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi,
dengan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan."
- surah al-an'am :75-79

~ nunwowro, inspirasi Majalah i April 2009 (MESTI BACA!), muka 24.

Thursday, April 9, 2009

JOM SEMARAKKAN API CINTA!..


Insya Allah...
blh tumpang sekaki meningkatkan rasa cinta n mngubat rindu kpd rasulullah saw..
tumpang angkat tangan dan tundukkan hati utk berdoa mmohon keampunan dan keberkatan hidup bersama2 ulama'2 yg akan dikirim Tuhan..dalam..











Majlis Sambutan Maulud Nabi SAW
Tarikh : 11hb April 2009 (Sabtu)
Masa : 4.30pm - 9.30pm
Tempat : Masjid Negara Kuala Lumpur
anjuran: Amanah Al-Wariseen
Aturcara Majlis :
4.30pm — Solat Asar Berjemaah

4.45pm — Persembahan Audio Visual (Sirah Nabi SAW)

5.15pm — Pembukaan Pengaraca Majlis

5.30pm — Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi’ Al-Ani (Mufti Iraq)

6.00pm — Ceramah 2 - Habib Umar Hamid Al-Gailani (Mekah)

6.30pm — Qasidah Burdah - Syed Abbas Bin Alawi Al Maliki Al Husani (Mekah)

6.50pm — Syair - Dr. Ahmed Omar Hashem (Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

7.05pm — Ceramah 3 - Dr. MuhammadEl-Muhammad y (Pensyarah ISTAC)

7.25pm — Azan & Solat Maghrib

7.45pm — Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab (Mufti Mesir)

8.31pm — Azan & Solat Isyak

8.40pm — Ceramah 5 - Ustaz Fuad Kamaluddin Al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

8.50pm — Bacaan Maulud Ad-Daiba’ie - Habib Hassan Bin Mohammed Salim Al-Attas (Singapura)

9.20pm — Doa Penutup - Sheikh Maulana Afeef Uddin Abdul Qadir Jailani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

9.30pm — Jamuan & bersurai Semua dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn Nursham/ En. Muhammad Amin (03-4251 8555/ 8666) email: info@alwariseen. org atau sila ke http://majlisilmu. blogspot. com/

~ nunwowro