Tuesday, July 14, 2009

JOM JOIN...BADMINTON TEAM nisa' WP



Setiap Selasa 8-10pm

Hubungi Faz: 012 294 5732

Creeping..Crawling..Flying!

Have you ever wondered why a spider can crawl all over its web and not get stuck?

The Creator creates it..

It's tiny feet have a special oil on them. The oil makes the web slippery so they don't get stuck!

and of course..The Creator is someone who have an extraordinary of Intelligences to create all these.

So, who makes a spider a spider?

Do you?

~ nunwowro, inspires from "My Very 1st Encyclopedia".

Monday, July 13, 2009

Rahsia..


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq @ dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

~ Syamsyifa'

JOM ...Cuba!

Selepas penat berprogram, jom kita rehat sekejap sambil makan ais krim!
Resepi di bawah ini memang pernah di cuba oleh penulis dan menjadi.


=Bukan gambar sebenar, sekadar cadangan hidangan=


Aiskrim

Bahan-bahan:
270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
Perasa-Coklat, stawberi, jagung, kacang merah, durian (Mengikut selera masing-masing)

Cara-cara:
1.
Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar.
2. Kacau hingga semua larut dan sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam sehingga 3/4 beku).
4. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl.
5. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
6. Masukkan perasa yang dikehendaki ( Coklat, stawberi, jagung, durian ) dan putar 1 - 2 minit hingga sebati.
7. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
8. Boleh dihias sesuka hati dengan coklat masakan dan kekacang.

P.S: Boleh juga menggunakan susu segar berperisa jadi tidak perlu menggunakan bahan perasa berasingan.

Selamat mencuba!

~ shierah ivy

JOM JOIN...Talkshow Nisa'


TALKSHOW
“Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”

Penceramah : Ustaz Uda Bin Kassim
( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)

Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)

Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG

Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC

Semua dijemput hadir beramai-ramai. ......

Minum petang disediakan!!

Hubungi :019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426

Anjuran :Unit Pembangunan Insan, NISA` Wilayah Persekutuan

Thursday, July 9, 2009

JOM JOIN...Jiwa Merdeka!

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"
(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)



Membentuk jiwa merdeka

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor


SASARAN: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)

Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:
Azlin: 013-303 7867
Nurani: 013-611 4832
Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@ yahoo.com

Daftar segera, tempat adalah terhad.

~ nunwowro

JOM JOIN...Young Muslims Project!


p/s: klik pic utk lebih jelas
~ nunwowro

Sunday, July 5, 2009

JOM JOIN...totally "SPIES"

Sukacita dimaklumkan
kepada semua BELIA berumur 18-30 tahun.
untuk bersama-sama menyertai..
Program Motivasi Pembangunan Kecerdasan Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosional, Sosial.

pada : 11 - 12 JULY 2009
tempat : UJANA HARMONIS, BATU 6, JLN GOMBAK


Berminat, hubungi: NORA - 019 624 1965
Jumpa di sana!

p/s:gambar sekadar hiasan shj

Mohon dijauhkan Azab Neraka Allah..

"Malek boleh 'buat job' dalam masa beberapa minit je"
"Saya tak pernah buat pun, saya cuma pernah ikut dia je"
'buat job'?
budak-budak sekolah pun pandai 'job'
"Si Malek yang darjah 6 sekolah tut tu?"
curi motor..pecah kereta..ragut-meragut..inilah 'job'..

adikku Malek..
inilah 'job' pilihan hidup di dunia bagi ahli-ahli neraka. mungkin belum pernah sampai ke telinga Malek tentang tempat yang kekal abadi ini..akhirat.
sibuk 'buat job' kan..sampai tak sempat nak pergi sekolah.terlepas la nak dengar tentangnya daripada ustaz dan ustazah.

akak kongsikan..
Neraka jahanam yang hitam gelap:
Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:
“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam".

Apa yang berlaku di lembah jahanam:
Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda:
“Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”

Bagaimana dalamnya dasar jahanam:
Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata:
telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:
“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”

'Saya' yang tak pernah buat pun tidak kurang hebatnya azabnya Tuhan..
Barang Yang ditempa oleh ahli neraka:
Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda:
“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”

Buruknya rupa ahli neraka:
Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:
“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”

Kemudian kita akan menangis dengan tangisan yang kuat sekali.

Minuman ahli neraka:
Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)
Sabda Baginda:
“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya".

Firman Allah:
“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka(taliperut).”(Muhammad: 15)

dan firman-Nya:
“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk.” (al-Kahfi 29)

Makanan ahli neraka:
Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)

Maka sabda Rasulullah s.a.w.:
“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagaimanakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”

Besarnya ahli neraka:
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:
“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya".

Tangisan ahli neraka:
Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahu-perahu maka akan hanyut".

ayuh berteru-terang sahaja dengan Allah...
"..Tuhan-Mu luas ampunan-Nya" (An-Najm:32)
"..Allah tiada pernah menganiaya hamba-hamba-Nya"(Ali-Imran:182)


malunya menjadi ex-alumni neraka yang sekarang mula berpindah ke syurga..
inilah peringatan buat Malek amnya dan kami khususnya..
kerana meyakini...
"Mereka itu Allah mengetahui apa yang berada dalam hatinya. Maka berpalinglah kamu daripadanya, tetapi berilah mereka peringatan, dan katakanlah kepada mereka mengenai dirinya sendiri, kata-kata yang berbekas di jiwa".(Al-A'la:1-3)

"mahu ke mana Malek lepas ini?"
Jom Join kami di Nisa' BTR..kita sama-sama cari peringatan untuk diri.
Pendaftaran Teen Circle kepada yang berminat, sukacitanya hubungilah: ustazah suhana, 017 259 8436.

p/s:gambar di atas hanyalah hiasan.Ayat2 Allah ini luas iktibarnya kepada manusia, ambillah 1 makna daripada sekian luasnya maknanya.
~ nunwowro, inspirasi Menuju Ketaqwaan tulisan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, semoga keredhaan Allah sentiasa bersama beliau sekeluarga.

Thursday, July 2, 2009

Semoga beroleh Syurga Allah


bip2..'papa dah sampai ma.'
bip2..'ok mama on d way.'

agak2nya itulah ayat2 cinta anak2 kecil yg terlalu mentah memahami azab neraka dan nikmat syurga.ibu bapa mahupun guru2 mereka belum tentu mendalam faham hikmah Tuhan di sebalik disediakan 'neraka' dan syurga.
adakah kisah 'neraka' dan 'syurga' ini yang terbaik sampai ke telinga mereka?
"dik, neraka bla..bla..bli2.."
adakah kisah 'neraka' dan 'syurga' ini yang terbaik diceritakan di kala ini?
"dik, syurga bla..bla..bli2.."
jika tidak, bila lagi yang ssesuai..?

'papa' senyumnya tidak simetri, mungkin kerana merajuk terpaksa menanti lama. 'mama' tersengih2 menarik tangan 'papa' terus disalam dan dicium tangan 'papa'nya..
tanpa disedari ada mata2 yang memerhati, kalau 'papa' dan 'mama' tu menyedari, pastinya aksi lakonan tidak mengenali atr satu sama pun berlaku.iyeke?ntah!

aduhai adikku..
pilihan itu bukan pilihan ahli syurga,
Dijaga dan dipelihara Allah, seterusnya sampailah berita ini kepada kita hari ini..
selawat dan salam buat Rasulullah dan penyambung rantai2 perjuangannya..
dikongsikan...
“Aku (Allah s.w.t) telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang salih perkara-perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia, dan bacalah kalau kamu mahu firman Allah s.w.t”:
“Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu bermacam macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”- Al-Sajdah: 17


Cukuplah mereka dengan ketinggian dan kemuliaan yang berkekalan di dalamnya selama lamanya, mereka tidak akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua dan tiada sebarang tegahan (sekatan).

“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan) selama-lamanya.”- Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a.

berwaspadalah kita supaya peluang tidak terlepas...
“Dan diserukan kepada mereka, 'itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang kamu kerjakan dahulu'.” - Al-A’raf: 43


Cukuplah mereka daripada sebarang keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan bagi mereka, tiada sesuatu yang diberikan amat disukai dan dikasihi oleh mereka selain daripada memandang kepada wajah Allah yang mulia.

“Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada kamu?”
Maka mereka berkata:
“Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka
kami?"
"Apakah kami tidak masuk syurga?"
"Apakah kami tidak berjaya (lepas)daripada neraka?”
Dikatakan:
“Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.
“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan tambahannya.”
-(Yunus: 26) Muslim, Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Suhib r.a.

terima kasih Allah..semoga beroleh janji-Nya.

Inilah keadaan ahli kebahagiaan di dalam syurga..
setelah engkau merenungi tempat kesudahan dirimu di hari kegoncangan yang maha hebat, hari pembentangan yang sama sekali tidak tersembunyi daripada Allah suatu pun perkara-perkara yang rahsia.

usah dinanti ibubapamu memahaminya dahulu, mahupun guru2mu. selamatkanlah dirimu, takutlah kepada Allah ketika sunyi atau secara terang2an, mudah2an engkau akan meningkat ke darjat orang2 yg bertaqwa seterusnya terselamat dari azab-Nya di sana.

~ nunwowro, inspirasi Menuju Ketaqwaan tulisan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, semoga keredhaan Allah sentiasa bersama beliau sekeluarga..dan inbox sms budak2 sekolah