Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri


Walaupun pintu Syawal sedang terbuka menanti kehadiran kita, kita akan tetap berhati-hati kerana kita akan teruskan makna puasa ini hingga bertemu Ramadhan yang akan datang.
Tetapi, jika pintu Ramadhan ini tertutup untuk kita dan perginya tidak kembali,
Mudah-mudahan beroleh tingkatan ketaqwaan dan berhasil mendekati jalan kembali fitrah kepada Allah..
Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu...
Didoakan semoga semua selamat ke destinasi yang dituju..
Kami amat memerlukan sokongan dan doa kalian, doakanlah untuk semua.
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.

- Nisa' BTR



Thursday, August 5, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Jom "Bersama Ringankan Beban" @ Nisa' Small Kindness 2010


Bersama ringankan beban

(klik pic)

Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Nisa’ Wilayah Persekutuan ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Kami dalam usaha untuk mengumpulkan barangan terpakai mahupun baru bagi menjayakan program Jualan Amal. Hasil Jualan Amal nanti akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat bersama ringankan beban dan berkongsi rasa bahagia menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba.

Apa yang boleh disumbangkan?

Sumbangan seperti pakaian, perabot, hiasan rumah, CD dan kaset, dan apa jua barangan terpakai.

Kami juga menerima sumbangan berbentuk wang ke akaun :

YAYASAN AMAL MALAYSIA CAW WILAYAH PERSEKUTUAN, 14032010034123,
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

dan keperluan harian, seperti minyak, gula dan tepung.

Semoga usaha yang sedikit ini mampu membahagiakan hati insan disekeliling kita. Bersama ringankan beban.

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Baqarah : 261)

Berminat?

Hubungi : Pn Rosiah (0126089751), Cik A’isyah (0196968378)

Tuesday, July 20, 2010

Tuesday, June 29, 2010

Jom tonton!

Masanya untuk mengubah selera mata..jangan ketinggalan!
klik pic.tq!

Monday, June 28, 2010

Simbol kasih ibu..

ya Allah...
Kami mohon..Bahagiakanlah hati semua ibu-ibu..di dunia dan di akhirat. ameen  

Saturday, June 26, 2010

Jom Daftar Bengkel Mukmin Professional


SIAPAKAH MUKMIN PROFESSIONAL??


ANTARA PENGISIAN ..

• Penerangan secara terperinci mengenai mukmin professional.

• Pemerkasaan budaya fikir dan zikir

• Berfikir berlandaskan zikir

• Hukum Pengurusan Mukmin Professional

• Koreksi diri adakah kita Mukmin Professional.

Bersama Saudara Fuad Latip, "Jiwa Positif Hidup Bertuhan".
(www.fuadlatip.com)
Daftar segera!
Pada : 4-Julai-2010

Masa : 9.00 – 12.30 tghari

Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Kuala Lumpur

Hubungi : Sharini 013-6008151

Monday, June 21, 2010

Jom Bowling @ 11 JULY 2010!

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)



Masa : 9.30pg-1 ptg


Tempat : Ampang Superbowl, Plaza Flamingo, Ampang (sebelah MRR2)

Sunday, June 20, 2010

Bila ter-Jatuh Hati..

Berdoalah...
Berdoalah pada Allah..

Usahlah dimimpikan...


Astaghfirullah Ya Allah..

Tuesday, June 1, 2010

Jom Al-Fatihah!

Dengan Nama Allah..Maha Gagah..Maha Hebat.

"Demi Allah!
Kezaliman tidak mungkin mengalahkan dakwah walaupun sehari
Sejarah membuktikan benarnya sumpahku ini
Ikatlah tanganku dengan besi berduri
Pukullah tulangku dengan tongkat dan tali
Tetaklah tengkukku dengan pisau belati
Tidak mungkin mereka berjaya membelenggu fikrahku wakaupun sedetik
Atau mencabut imanku dan memadam cahaya keyakinanku
Cahaya itu berada di dalam qalbuku
Dan qalbuku berada di dalam genggaman Tuhanku
Tuhanku penolongku dan pembantuku
Aku akan terus hidup bergantung pada tali imanku
Dan mati dengan senyuman
Demi dinku hidup dan berkembang" - Dr Yusuf Qaradhawi

Betapa tiada siapa pun dapat mengatasi kudrat dan iradat Allah. Sehebat mana pun kita, ia tidak sedikit pun dapat sekali menandingi kehebatan Allah. Segagah mana pun kita, ia tidak sedikit pun dapat sekali menyaingi kegagahan Allah. Sesungguhnya Allah Maha jualah yang Maha Hebat dan Maha Gagah.

Ya Allah kukuhkanlah hati kami yang lemah dan goyah ini.
Ya Allah lindungilah mereka yang sedang berserah diri mengembalikan hak-Mu.

Ayuh semua bersama-sama Nisa' kita hadiahkan Al-fatihah untuk kekuatan sahabat-sahabat kita di Gaza.
TAKBIR!

untuk berita terkini klik http://www.lifeline4gaza.org/