Sunday, November 7, 2010

Jom Join Nisa' @ Jalinan Kasih Rabbani '10


Kawan-kawan, 
umumnya kita semua mengetahui betapa kritikalnya kebejatan sosial yang melanda masyarakat kita dewasa ini. Maka, merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi Nisa’ atau sesiapa sahaja yang cuba memperbaiki kehidupan dan peradaban masyarakat kepada satu kehidupan yang lebih harmoni dan diredhai Allah. Justeru, inisiatif ini diambil untuk memberikan kesedaran kepada aset berharga ibu bapa,iaitu anak-anak.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Berikut adalah impian dan harapan kami, supaya :  
- Menguatkan jati diri peserta tentang tujuan kehidupan. 
- Menyelaraskan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak untuk memastikan sokongan dalam perubahan peserta. 
- Memberi ruang kepada ibubapa dan anak untuk menilai semula sejauh mana kasih sayang telah bertapak dalam keluarga masing-masing. 
- Membina keluarga yang mempunyai matlamat kekeluargaan cemerlang yang bebas  dari gejala-gejala sosial yang merosakkan. 
- Mewujudkan suasana keluarga yang saling menyokong dan memberi motivasi antara satu sama lain. 
- Memperkenalkan konsep keluarga rabbani sebagai pencetus kecemerlangan dalam kehidupan berkeluarga. 

Ayuh bersama Nisa' BTR kita laksanakan impian bersama..
klik @ pic pls =)

Selamat Datang wahai Zulhijjah!

Ayuh doakan untuk semua, semoga sentiasa diingatkan Allah supaya ingat sentiasa kepada-Nya.
kerana kita tidak mampu ingat, jika tidak diingatkan-Nya.
........
Ulamak Salafussoleh juga menganjurkan kita memperbanyakkan bacaan-bacaan di bawah sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

La Ilaha Illallah 'adadad duhur
Tiada Tuhan Selain Allah, sebanyak bilangan masa

La Ilaha Illallah 'adada amwajil buhur
Tiada Tuhan Selain Allah, sebanyak buih di lautan

La Ilaha Illallah 'adadan nabati wassyajar
Tiada Tuhan Selain Allah, sebanyak bilangan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok

La Ilaha Illallah 'adadal qutri walmator
 Tiada Tuhan Selain Allah, sebanyak bilangan titisan air dan hujan

La Ilaha Illallah 'adada lamhil 'uyun
Tiada Tuhan Selain Allah, sebanyak bilangan kerlipan mata

La Ilaha Illallah khairum mimma yajma'un
 Tiada Tuhan Selain Allah, lebih baik dari segala yang mereka himpunkan

La Ilaha Illallah min yaumina hadza ila yaumi nufikha fis sur
Tiada Tuhan Selain Allah, daripada hari ini sehingga hari ditiup sangkakala.

Semoga ada faedahnya buat kita semua. Ingatlah dengan mengingati Allah hati kan tenang.

~ sumber : http://aljoofre.iluvislam.com/

Jom Join Nisa' main Netball!

Thursday, November 4, 2010

Jom Join Nisa' @ Cinta Pakai Buang!


klik @ pic!

Jom Tadah Ilmu!

PROGRAM SINERGI KELUARGA BAHAGIA
 

TARIKH 
Sabtu, 13 November 2010
8 pagi - 5 petang

TEMPAT
Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya (sebelah Amcorp Mall, berdekatan Stesen LRT Taman Jaya)

PENGELOLA PROGRAM
USTAZ HJ HASRIZAL BIN ABDUL JAMIL
Master Trainer Saifulislam Training & Consultancy

KONSEP
Program SINERGI KELUARGA BAHAGIA ini membangunkan rasa penghargaan dan tumpuan perhatian setiap individu terhadap faktor manusia di dalam sebuah keluarga. Program ini juga mengenengahkan ilmu, kemahiran dan maklumat yang berstruktur untuk menjana SIKAP-SIKAP yang cemerlang bagi setiap individu bagi sebuah keluarga.

SASARAN
Suami
Isteri 
Individu yang belum berkahwin

OBJEKTIF
PERINGKAT SUAMI – ISTERI
• Meningkatkan upaya komunikasi secara dua hala.
• Menyuburkan nilai MEMBERI berbanding MENERIMA di antara suami dan isteri, agar keutamaan diberi kepada soal peranan, berbanding tuntutan hak dan ganjaran (proaktif)
• Membantu melihat sisi kelebihan yang ada pada pasangan masing-masing dan menjadikan kekurangan setiap seorang sebagai peluang untuk pasangannya berperanan memberi.
• Membantu merealisasikan proses mencapai tiga peringkat kebahagiaan sebuah rumahtangga iaitu SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH

PERINGKAT IBUBAPA - ANAK
• Meningkatkan upaya komunikasi secara dua hala.
• Membantu ibu bapa membaca dan memahami mesej yang cuba disampaikan oleh anak- anak melalui tingkah laku dan perbuatan mereka.
• Membantu ibu bapa melihat sisi kelebihan yang ada pada anak-anak dan menghargai setiap seorang daripada mereka secara individu.
• Menyuburkan proses kepimpinan melalui teladan sebuah rumahtangga 

ANJURAN
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Nisa’ Titiwangsa,Yayasan Prihatin Titiwangsa, dan Yayasan Selangor

YURAN
RM10 sahaja (sebahagian besar daripada kos program telah ditaja)

PENDAFTARAN
Sila Hubungi:
Cik Nazirah: 013 318 3845
Pn Siti Hajar: 013 3904807

Dahsyatnya Selawat!

Dengan nama Allah, pemilik keselamatan dan kesejahteraan..
Allahumma solli ala saiyidina Muhammad, wa ala aali saiyidina Muhammad..

"barangsiapa selawat ke atasku 1 kali, maka Allah berselawat ke atasnya 10 kali.
sesiapa selawat ke atasku 10 kali, maka Allah berselawat ke atasnya 100 kali,
sesiapa selawat ke atasku 100 kali, maka Allah berselawat ke atasnya 1000 kali,
sesiapa selawat ke atasku 1000 kali, maka x akan menyentuh akannya api neraka" - Rasulullah saw.

Doa apa yang paling baik diharapkan selain doa selamat dan sejahtera daripada yang paling terbaik..pemilik keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat..Allah SWT.selamanya berterima kasihlah kita kepada Allah.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. wahai org2 beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."(al-ahzab:56)

"Sesungguhnya org paling dekat denganku pd hari kiamat adalah org yg paling banyak berselawat kepadaku."(riwayat Al-Nasai & Ibn Hibban)

"Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan, kedamaian, ketenangan ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat2 baginda...juga untuk kami..rindu yang panjaaaang utk bertemu-nya"
amin ya Allah.

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri


Walaupun pintu Syawal sedang terbuka menanti kehadiran kita, kita akan tetap berhati-hati kerana kita akan teruskan makna puasa ini hingga bertemu Ramadhan yang akan datang.
Tetapi, jika pintu Ramadhan ini tertutup untuk kita dan perginya tidak kembali,
Mudah-mudahan beroleh tingkatan ketaqwaan dan berhasil mendekati jalan kembali fitrah kepada Allah..
Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu...
Didoakan semoga semua selamat ke destinasi yang dituju..
Kami amat memerlukan sokongan dan doa kalian, doakanlah untuk semua.
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.

- Nisa' BTR



Thursday, August 5, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Jom "Bersama Ringankan Beban" @ Nisa' Small Kindness 2010


Bersama ringankan beban

(klik pic)

Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Nisa’ Wilayah Persekutuan ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Kami dalam usaha untuk mengumpulkan barangan terpakai mahupun baru bagi menjayakan program Jualan Amal. Hasil Jualan Amal nanti akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat bersama ringankan beban dan berkongsi rasa bahagia menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba.

Apa yang boleh disumbangkan?

Sumbangan seperti pakaian, perabot, hiasan rumah, CD dan kaset, dan apa jua barangan terpakai.

Kami juga menerima sumbangan berbentuk wang ke akaun :

YAYASAN AMAL MALAYSIA CAW WILAYAH PERSEKUTUAN, 14032010034123,
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

dan keperluan harian, seperti minyak, gula dan tepung.

Semoga usaha yang sedikit ini mampu membahagiakan hati insan disekeliling kita. Bersama ringankan beban.

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Baqarah : 261)

Berminat?

Hubungi : Pn Rosiah (0126089751), Cik A’isyah (0196968378)

Tuesday, July 20, 2010