Thursday, November 5, 2009

"SERVE AND CARE WITH LOVE" - part 1


"Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk - Siri 1"

Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa  : 8.30 pg - 2.00 ptg
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Ahli panel :
1) Ustaz Rashidy Jamil (Pengasas Tuan Sharifah Islamic Foundation, Pendakwah Bebas)
2) Brother Kamarudin (Pengasas Islamic Propagational Society International, Penerima Anugerah Muslim Terbaik 2009)

Berminat? Sila hubungi untuk mendaftar :
Syuhada (019-7516020)
Shikin    (013-2222589)
JUMPA DI SANA YA!

Terima kasih daun kopi,sok lusa datanglah lagi!

Assalamualaikum..
Sekalung terima kasih daripada kami, warga Nisa' BTR kepada semua jemputan yang hadir.
Ustazah Wan Syamsiah sekeluarga..
Dwn Muslimat Kawasan..
Exco Nisa' WP..
Adik-adik Teen Circle..
juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Rumah Terbuka Nisa' BTR juga merangkap "Teen Circle's Mini Gathering" telah mendapat sambutan yang sangat hangat..
semua 'sold out'..alhamdulillah..

semoga Allah merahmati usaha ini dan mengangkat setiap detik masa kita ke arah-Nya sebagai amal soleh.
semoga dimaafkan segala kekurangan.
insya Allah kita akan bertemu dalam program Teen Circle seterusnya..
nantikan kami!



Wednesday, October 28, 2009

::BeRSaMa JaUHi MAKSIAT::




1)Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan


Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".


2)Maksiat mengahalangi Rezeki


Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)


3)Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah


Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".


4)Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain


Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".


5)Maksiat Menyulitkan Urusan


Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.


6)Maksiat menggelapkan hati


Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gelita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".


7)Maksiat Melemahkan Hati dan Badan


Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.


8)Maksiat Mnghalangi Ketaatan


Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.


9)Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.


10)Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain


Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.


11)Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.


dipetik dari http://lpkpmiutm.blogspot.com

Friday, October 16, 2009

JOM JOIN...totally "SPIES"

Sukacita dimaklumkan


kepada semua BELIA berumur 10-30 tahun.

untuk bersama-sama menyertai..

Program Motivasi Pembangunan Kecerdasan Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosional, Sosial.



pada : 17 - 18 Oktober 2009 atau 24 - 25 Oktober 2009

Berminat, hubungi: aishah - 019 285 2723

kepada yang bakal menduduki peperiksaan mahupun telah tamat pengajian, kehadiran anda amat dialu-alukan.

p/s:gambar sekadar hiasan shj

Thursday, October 1, 2009

Rumah terbuka Nisa BTR - updated!

dengan Nama Allah yang Maha Pengasih..Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt buat semua teman-teman Nisa',
adik-adik Nisa' dan warga blog yang setia di mana pun anda berada.

Semoga kita semua sentiasa dalam keampunan Allah.

Dengan hati yang rendah,
Nisa' BTR ingin memohon kemaafan daripada semua.
Insya Allah tarikh Rumah Terbuka Nisa' BTR pada
16 Oktober 2009, Jumaat.


 Salam kemaafan Aidilfitri.

Salam Sayang,
Ketua Nisa' Bandar Tun Razak.




JEMPUTLAH HADIR YEA!

Tuesday, September 29, 2009

:: SeNyuMan & KeteGasan Rasulullah ::




Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya.


Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.


Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar: “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)


Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan: “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata: “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”


Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata; “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain.


Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya." Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.


Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.


Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan...

* syukran ila http://mutiara86.blogspot.com/

~ simple_shida

Saturday, September 26, 2009

Terima Kasih Allah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah..Maha Pengasihani..

(ayat-ayat Cinta-Nya mengikat manusia tidak kira tua mahupun muda dengan simpulan ukhwah kerana Allah)

Alhamdulillah..terima kasih Allah..
dalam kesibukan urusan masing-masing, kami tetap dapat bertemu bersama-sama meraikan Majlis Khatam Quran pada 13 September 2009.

terima kasih ustazah-ustazah jemputan yang berbahagi dan berkongsi kebahagiaan mengerjakan Solat Sunat Tasbih..
mudah-mudahan amalan yang luarbiasa indahnya ini dapat dibiasa-biasakan oleh kami.
Indah Doa Solat Sunat Tasbih dan Doa Khatam Quran seperti indahnya amalan itu dikerjakan..
tetapi itulah antara amalan yang sunat yang berat dilaksanakan di dunia walaupun umum mengetahui ia tinggi di sisi Tuhan..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa.
Solat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui.
Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu, agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Namun, bertasbih..mengingati Allah..berhubung dengan-Nya tidak mengira masa dan keadaan..kerana di setiap penjuru wajah ini dihadapkan, di situlah 'wajah' Allah..

semoga kita semua beroleh puasa yang 'mabrur'.. menjadi insan yang terkesan dengan amalan-amalan yang telah dikerjakan di bulan yang dimuliakan Allah ini..Ramadhan Kareem.

tahniah buat semua yang terpilih oleh Allah untuk bersama-sama bertadarus dan meraikan kemenangan kita semua untuk 'meng-khatam' Quran..

~ nunwowro, credit to http://suarapesanan.blogspot.com/ yg byk memberikan sharing bermanfaat.

Sunday, September 20, 2009

salam eidul fitri 09'



Genre : Khutbah
Tajuk : Kembali kepada Fitrah Ketaqwaan.
Oleh : Siddiq Osman

** mencetak..menyalin dari :http://wardatulshaukah.blogspot.com/


Khutbah Pertama


الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر . وللهِ الحَمْدُ .

أَشهَدُ أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه , لَه الْمُلْكُ وَلَه الحَمْدُ وَهُوَ

عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِ ين, وَعَلَى آَلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِ ين لهَمُ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ


. فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ ,
وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Wahai muslimin dan muslimat,

Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan dan janganlah kita mati melainkan dalam keadaan muslim.


Sidang Aidil Fitri sekalian,

Marilah bersama-sama kita mengucapkan Takbir, Tahmid dan Tasbih dalam mensyukuri dan mengagungkan Allah dengan penuh penghayatan. Di atas nikmat Allah yang banyak dalam kehidupan kita sehari-hari, ditambah pula dengan nikmat yang terulung dan paling berharga iaitu Iman, Islam dan amal-amal soleh.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Setelah sebulan kita memburu Taqwa dalam ibadah Ramadhan kita dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah maka tibalah hari ini. Hari Kesyukuran dan Kebesaran Umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hari yang diperintahkan ke atas kita bergembira dan membesarkan Allah seperti Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan / mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah 185)

Jika Ramadhan merupakan perlumbaan ketaqwaan maka kini Syawal membawa perintah kesyukuran. Inilah nilai-nilai yang perlu kita rebutkan dalam kehidupan. Nilai sebenar yang Allah lihat dalam kehidupan penuh ujian ini. Pangkat-pangkat yang Allah dan makhluk langit pandang dan jawatan-jawatan yang mendapat ganjaran di Hari Akhirat kelak. Pangkat Mukmin, Pangkat Muttaqiin dan Pangkat Syakiriin merupakan darjat kebesaran yang ada nilai di sisi Allah.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai Manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan pula kamu berbagai bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di sisi kamu adalah yang paling bertaqwa sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan Dalam PengetahuanNya.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
Hari ini adalah hari di mana kita kembali kepada fitrah kita. Kembali kepada kesucian, tetapi perlu kita fahami bahawa bukanlah kesucian ini memenuhi setiap jiwa. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasainya.

Mari kita renung sabda Rasulullah yang berbunyi:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya : Betapa ramai orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang-orang yang bangun ibadah di malam hari namun tidak mendapat apa-apa dari qiyamnya kecuali hanyalah berjaga malam sahaja. (Riwayat Ibu Majah)


Maka Hari ini Saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian agar kita memuhasabahkan diri kita sebagaimana yang diriwayatkan mengenai salafussoleh bahawa mereka menanti Ramadhan enam bulan sebelum bulan itu tiba dan bermuhasabah sepanjang enam bulan setelah ia berlalu. Adakah amalan kita mencapai piawaian Ramadhan. Piawai keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah.

Dua piawai inilah yang menjadi prasyarat pengampunan dosa yang telah Rasul sebutkan dalam hadits yang sangat masyhur;

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan Iman dan mengharapkan ganjaran maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.

Inilah standar Ramadhan yang bakal melahirkan ketaqwaan. Bukanlah Ramadhan yang dihiasi dengan tidur dan hiburan pada siang hari dan makan serta minum di malam hari. Yang mana Ramadhan bertukar dari bulan bersusah dan bertungkus lumus kepada bulan berehat-rehat dan berpesta. Dengan pembaziran seperti mercun makanan yang melampau-lampau dan juga di sudahi dengan pakaian mewah yang berlebih-lebihan di hari raya. Bahkan pakaian yang ditempah dan dibeli mendedahkan pula aurat. Baik bagi yang dewasa mahupun remaja.

Cukuplah Aidil Fitri yang sudah-sudah menjadi medan keduniaan kita ubahlah mulai hari ini menjadikan Aidil Fitri Medan kehambaan dengan rasa syukur bersama pakaian yang baru cantik tetapi sederhana dan menepati kehendak Syarak.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Sidang Jemaah sekalian mari kita renung dalam diri kita,

Apakah wujud Taqwa yang dicitakan oleh amal ramadhan pada diri kita? Bagi menjawab persoalan ini mari kita renung kata-kata Imam Ali Ra dalam menyatakan makna Taqwa, menurutnya:

Taqwa itu takut kepada Allah, Beramal dengan al Quran, cukup dengan sedikit dan bersedia untuk kematian.

Apakah sifat-sifat ini ada pada diri kita? Dalam kita bertakbir di bibir adakah tercetus takut kita kepada Allah Yang Maha Besar di dalam hati. Dalam melaungkan kalimah Tahmid apakah bersinar rasa berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah di dalam kalbu kita? Atau kalimah ini hanyalah lagu lagu zikir yang kita dendangkan tanpa ruh dan penghayatan? Islam bukanlah agama jasad sahaja, bukan pula akal sahaja, bukan hanya penyerahan hati sahaja. Tetapi Islam menuntut penyerahan penuh dan menyeluruh. seperti firman Allah:

Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah Syaitan...

Adakah cukup sekadar kita solat dan puasa tanpa memahami tuntutan kedua ibadah itu? sudah pastilah tidak. Sebab inilah yang mengakibatkan solat kita tidak mencegah kita dari kemungkaran. Puasa kita tidak mendinding kita dari maksiat dan sedekah kita tidak memadam kejahatan kita. Mari kita renung Firman Allah dalam surah al Mukminun:


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

(Surah Mukminun ayat 1-11)

Marilah kita semua berhenti menjadi Muslim Part time dan kembali kepada Fitrah menjadi Muslim Full Time. Kita mestilah Islam dalam segenap aspek kehidupan. Dari segi individu, berkeluarga, bermasyarakat, dalam ekonomi, pentadbiran, pendidikan, ketenteraan, hiburan, kemanusiaan dan segala macam aktiviti kehidupan.

Sememangnya fitrah kita adalah taqwa. Tetapi tempelan duniawi yang menipu daya telah memesongkan kita dari fitrah. Kita telah mengikat janji dengan Allah sejak alam Ruh lagi. Jika kita tidak bersetuju dengan tawaran ketaqwaan di alam Ruh maka tidak ada kita di dunia ini.

Inilah yang disifatkan Nabi saw dalam sabda baginda:

Setiap yang lahir itu lahir dalam keadaan fitrah maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau majusi.

Marilah kita kembali kepada fitrah kita secara sedikit demi sedikit dengan usaha yang sempurna merangkumi semua aspek hidup. Ini menuntut kita kepada mendambakan tarbiyah yang tersusun dan berpanjangan. Tarbiyah yang bersifat rabbani. Tarbiyah yang bersumberkan wahyu iaitu al Quran dan Sunnah. Kita mendidik diri dan persekitaran kita dengan nilai-nilai Islam yang telah membawa ketamadunan manusiawi yang hakiki.

Muslimin- muslimat sekalian.

Islam tidak memandang enteng mengenai institusi kekeluargaan kerana di sanalah madrasah pertama ketaqwaan manusia. Institusi yang menyemai sikap dan tingkah laku. Ini boleh kita lihat bagaimana Allah memilih keturunan Rasulullah saw. Walaupun dari kalangan Arab yang jahil tetapi keluarga Nabi kita adalah dari bangsawan yang terpelihara. Islam sangat menekankan pendidikan anak-anak baik dari segi pendidikan jasad, pendidikan minda , pendidikan peribadi dan juga sensitiviti ataupun kita sebut sebagai pendidikan hati dan perasaan.

Allah berfirman :
Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari Api Neraka adapun bahan bakarnya adalah dari kalangan manusia, jin dan batu.

Maka di hari yang mulia ini saya dengan penuh kasih sayang menyeru marilah sama-sama kita berganding bahu menjaga keluarga besar Malaysia di sini saling bantu membantu dalam menyelamatkan diri kita semua dari azab Allah. Kita memelihara amal kita dan saudara kita, kita menutup aurat kita juga saudara kita, kita membina kebahagiaan masyarakat Islam dengan menyampaikan pesanan pesanan yang baik di kalangan kita. Kita mesti menjadi agen kepada promosi ke Syurga Allah. Tidak cukup kita sahaja menuju ke Syurga sedangkan di sekeliling kita kita lupakan. Marilah kita hayati firman Allah:

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

(Surah al Asr Ayat 1-3)

Maka seharusnya kita mengambil Faham bahawa Islam adalah agama dan cara hidup tidak pernah dipisahkan oleh mana-mana nas sekalipun. Islam itu dilihat dan ditampilkan dalam kehidupan sehari-hari. Bukan sekadar dalam bualan dan bebelan semata. Tetapi Islam adalah cara hidup yang praktis dan efektif. Islamlah satu satunya agenda kemasyarakatan dan sistem sosial yang menjamin pembangunan modal Insan yang berkualiti kerana setiap orang Islam diberi tanggungjawab menjaga anggota masyarakat ke arah membentukkan suasana yang harmoni.

Sabda Rasul yang bermaksud:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal mengenai pimpinannya.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Muslimin muslimat yang diberkati Allah,

Di pagi yang mulia ini dituntut kita berkasih sayang bersalaman dan berpelukan sesama saudara kita kerana Rasulullah bersabda mafhumnya:

Barangsiapa berjabat tangan di hari raya kerana Allah maka diampunkan dosa-dosanya dan barang siapa berpelukan di hari ini kerana Allah maka gugurlah dosanya sebagaimana gugurnya daun kering dari pohon.

Sudah menjadi galakan di dalam Islam supaya umat Islam sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah di setiap hari kebesaran. Marilah kita mengembalikan ruh kita hari ini kepada fitrah ketaqwaan. Mari sama-sama kita jadikan Aidil Fitri kali ini Aidil Fitri yang mempamerkan ubudiyah Ramadhan. Kita bersederhana dalam hidangan, elakkan pembaziran.. Kita bersederhana dalam pakaian, dengan menjaga Islam kita. Kerana antara ciri mukmin itu adalah mereka yang berbeza pakaian mereka dengan agama lain. Kita diwajibkan menutup aurat seperti wajibnya solat. Kita hendaklah faham bahawa mendedahkan aurat itu bukanlah urusan kecil. Ia adalah penentangan perintah Allah. Kita melanggarnya beerti kita ingkar dengan suruhan Allah. Marilah kita ubah diri kita, keluarga kita dan jiran tetangga kita.

Tiadalah ertinya amal kita yang bertungkus lumus dalam Ramadhan sekiranya menjelmanya Syawal kita jatuh dalam kemaksiatan. Mulai hari ini marilah kita berazam menjadi Mukmin yang soleh dan muslih. Yang sentiasa menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita didik hati kita agar sentiasa tunduk hanya pada Allah agar Allah menerima kita dan memandang kita di Akhirat sebagai hambaNya dan membenarkan kita melihat Wajah Allah yang maha Agung. Mudah mudahan kita mengambil pengertian dari firman Allah:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ50
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 51
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ52
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ53


بَارَكَ الله لِى وَلَكُمْ فِى القُرْآنِ العَظِيمِ , ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِاْلأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ , وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَه إِنَّه هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ . اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِ ر الله العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ ولِسَائِرِ المسُلِمِيْنَ
والمسُلِمَاتِ إنَّه هو الغَفُورُ الرَحِيمُ .


Khutbah Kedua

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد.

أَشْهَدأَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْعَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَه وَنَصَرَه وَوَالاَه . أَمَّا بَعْدُ ,

التَّقْوَى فَيَا عِبَادَ اللهِ , أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ . وَتَزوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ

Ramadhan Sudah berlalu. Sekiranya kita beribadah kerana Ramadhan maka hari ini bukan lagi Ramadhan. Tetapi seandainya kita beribadah kerana Allah dan kepada Allah maka Allah maha kekal dan takkan pergi atau hilang.

Marilah kita semua bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan sehingga akhir hayat kita. Kita jitukan tekad pada hari ini dalam mengorak langkah ke arah menjadi hamba yang lebih taat. Semoga dengan niat dan doa kita Allah mudahkan kita dalam urusan mentaatinya. Sedarlah kita bahawa tiada daya upaya kita mentaati Allah tanpa inayah dan hidayah dariNya. Allah berfirman:

ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا

Itulah dari ayat-ayat Allah barangsiapa yang diberi hidayah maka dia akan mendapat hidayah dan barangsiapa yang disesatkan maka dia tidak akan mendapat pelindung ataupun penunjuk.

(Surah al Kahfi:17)

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita menjadi golongan yang berkasih sayang kerana Allah kerana firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sesungguhnya tiadalah orang yang beriman itu melainkan mereka bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu mudah mudahan kamu beroleh rahmat.

Dalam ayat dibacakan tadi jelas Allah menyifatkan persaudaraan itu adalah ciri orang beriman dan usaha menyatukan sesama kita adalah antara sebab turunnya Rahmat Allah. Maka di hari ini marilah kita bermanis muka dan melupakan segala kesalahan saudara kita mudah mudahan Allah menempatkan kita di antara mereka yang dirahmati di akhirat nanti.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيمَ .

وَبَارِ ك عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنكَّ

حمِيدٌ مَجِيدٌ . اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِ لمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ

وَالأَمْوَاتِ . رَبنَّا اغْفِرْ لَنَا ذُنوُبنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبوَّنَا صِغَارًا. رَبنَّا اغْفِرْلَنَا

وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُ وْنَا بِالإِيْمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلا لِلَّذِيْنَ آَمَنُوْا رَبنَّا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ .

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ , وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ , وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ

وَالظَّالِمِيْنَ . اَللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنعُوْذ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى

نُحُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شمَلَهُمْ وَفَرِّقْ جمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا

مِنْ كِلاَبِكَ .


اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ , وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ , وَفِى

كَشْمِيْر , وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ . اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ , وَاجمَعْ كَلِمَتَهُمْ , وَثبَّتْ

أَقْدَامَهُمْ , وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ .

اَللَّهُمَّ آَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا, وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا, أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَه اَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا

, وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه . اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَاننَا, وَأَئِمَّتَنَا ا وَارْزُق نَا اتِّبَاعَهقلحَقَّ حَ

وَوُلاَة أُمُوْرِنَا, وَاجْعَلْ وِلاَيتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .


رَبنَّا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لمَ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ . رَبنَّا هَبْ لَنَا مِنْ

أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّة أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.

رَبنَّا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

. وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ . وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ

الْعَالَمِيْنَ .


اَلله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , وَلِلَّهِ الحَمْدُ

Friday, September 18, 2009

Nisa' Small Kindness @ Bandar Tun Razak

Assalamualaikum wbt ..

Dari Anas bin Malik RA katanya:

“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga ia menyukai untuk saudaranya seperti apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”



(masih melemparkan senyuman walaupun sudah seharian menjejak..terima kasih Allah)
Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah, sebagaimana usaha-usaha Nisa' Wilayah Persekutuan meraikan golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan, Nisa' Bandar Tun Razak juga tidak ketinggalan menganjurkan Nisa' Small Kindness.

Program tersebut dilaksanakan pada 12 September 2009 yang lepas sebagaimana yang telah dirancangkan. Dengan tenaga Nisa' BTR bersama adik-adik Nisa' Teen Circle seramai 12 orang, kami berziarah ke 10 kediaman sekitar Bandar Tun Razak bagi mengagihkan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal yang terpilih untuk menerima bantuan. Antara kediaman tersebut terletak di Perumahan Flat Sri Kota, Flat Sri Labuan, Flat Penyu Taman Len Seng, dan di Flat Seri Perindu. Diharapkan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga dalam meraikan Aidilfitri kali ini.

Ada dari kalangan ibu tunggal dan ahli keluarga mereka yang menderita sakit sehingga menyebabkan mereka tidak dapat keluar bekerja.

Ada juga yang terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil kerana ditinggalkan suami.

Ada anak-anak mereka yang tidak dapat meneruskan pelajaran kerana terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

Terdapat juga luahan si ibu tunggal yang kematian suami dan ada yang sudah bercerai. Hasil daripada pemerhatian guru-guru yang prihatin, ada anak-anak ibu tunggal ini yang mengalami masalah sehingga sering tidak hadir ke sekolah.

Ternyata institusi keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan masyarakat yang baik dan berilmu.


Ternyata pengalaman kami menganjurkan dan menyertai program ini amat bermakna. Kami berpeluang berkongsi sedikit sebanyak suka duka keluarga tersebut. Sebagai orang yang bernasib baik, banyak nikmat Allah yang perlu kita syukuri. Benarlah firman Allah:

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

~ zila

Wednesday, September 16, 2009

So You Think It is USELESS?

In a not so far away time..

An Atuk lived on a farm with his young grandson..

Each morning, Atuk was up early sitting at the kitchen table reading his Quran..

His grandson wanted to be just like him and tried to immitate him in every way he could..

One day..
the grandson asked.."atuk, I try to read the Quran just like you, but i don't understand it..what i do understand, i forget as soon as i close the book."

he continue.."WHAT GOOD DOES READING THE QURAN DO?"

Atuk smiled..
He quietly turned after putting a basket of coal in the sunny sack..

He replied.."Take this coal down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told..

but all the water leaked out before he got back to the house..

the Atuk laughed and said.."You'll have to move a litle faster next time."

Atuk sent him back to the river with the basket..TO TRY AGAIN..

This time the boy ran faster..

but again..

the basket was empty before he returned home..

out of breath..he told his Atuk that it was impossible to carry water in a basket..

and he went to get a bucket instead..

The Atuk said.."I don't want a bucket of water, i want a basket of water..you are just not trying hard enough."

then he went out to watch his grandson repeating the task..

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his Atuk that even if he ran as fast as he could..the water would still leak out before he got back to the house..

the boy again dipped the basket into the river and ran hard...

but when he reached his Atuk, the basket was again EMPTY!

"HUh..Huh..Huhh!"

out of breath, he said.."it's useless!"

"so you think it is useless?"

the atuk said..

"look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time he realized that the basket was different..

it has been transformed from a dirty old coal basket and was now clean...
INSIDE and OUT!

"that's what happens when you read the Quran..you might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed..

INSIDE and OUT..

That is the work of Allah in our lives."

Allahualam..

~ nyemah_mulyaa