Thursday, June 25, 2009

JOM JOIN...MAKAN DURIAN!


Semua dijemput..
"JOM MAKAN DURIAN!"
28 JUN 2009, AHAD, LEPAS ISYA',
BERTEMPAT DI PASAR PAGI BANDAR TUN RAZAK..


sambil makan kita dengar..
SEMBANG-SEMBANG UST YUSOF EMBONG..

datang jangan tak datang..ada banyak durian untuk dibelasah beramai-ramai.

~ nunwowro

Wednesday, June 24, 2009

Eksklusif Untuk Wanita..6


Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi." - (Muttafaq 'alaih)

bagaimana mendapatkan cinta penghuni langit, bumi dan seisinya?
bagaimana mendapatkan cinta para malaikat dan kekasih2-Nya?
bagaimana mendapatkan cinta dan HATI yang dikasihi Allah?

Dengan rendah diri, NISA' BTR mengajak semua ke..

Eksklusif Untuk Wanita (EUW-6)
HATI-HATI YANG DIKASIHI ALLAH
pada 28 JUN 2009, 9.30 AM
bertempat di MADRASAH ASY-SYAKIRIN,BANDAR TUN RAZAK
(berhampiran LRT Bandar Tun Razak)

dengan kerjasama PERKIM & NISA' BTR.

Pendaftaran keahlian Nisa' juga dibuka kepada semua yang berminat bersama-sama menyertai komuniti Nisa'.

Pendaftaran untuk program Unit Kebajikan juga dibuka kepada IBU-IBU TUNGGAL & IBU-IBU TINGGAL



~ nunwowro

Tuesday, June 23, 2009

JOM JOIN...BADMINTON TEAM nisa' WP


mudah2n membantu..klik pd peta...


~ nunwowro

Sunday, June 14, 2009

Pertemuan Dengan Tuhan..

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Allah Azza wajalla berfirman;
"Aku sediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, dan belum pernah terlintas dalam hati manusia. bacalah jika kalian inginkan(tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan-as Sajadah:17)."
- HR al-Humaidi/sohih

Nisa' BTR mengucapkan salam takziah kepada Hanim sekeluarga.

Ayuh disedekahkan Al-Fatihah buat almarhum nenek Nurul Hanim Nasarudin (J/K Nisa' BTR).

Beliau telah selamat dikebumikan 14 hb Jun 2009. mudah2n almarhum nenek beroleh bahagia di sana dengan meninggalkan generasi yang solehah.

NIsa' BTR juga ingin mengajak untuk kita sama-sama hadiahkan al-fatihah kepada almarhum al-fadhil Dr Fathi Yakan yang telah meninggalkan kita..

dikatakan beliau lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumur 76 tahun...
Jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Silalah ke web ikhwan jordan http://www.ikhwan-jor.com/

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pendidikan Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama pendidikan di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga mereka ditempatkan bersama di kalangan orang2 yg beriman dan para syuhada'.
Al-fatihah...

janji Allah itu benar..pertemuan dengan-Nya juga benar.


~ nunwowro

Saturday, June 13, 2009

alif..ba..ta..

PELUANG MEMPELAJARI AL-QURAN PERINGKAT ASAS, TILAWAH DAN TAJWID

Dimaklumkan Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur ada menganjurkan kelas pengajian secara PERCUMA DAN TERBUKA KEPADA GOLONGAN DEWASA (13 tahun ke atas)

Waktu Kelas : Hanya 2 kali seminggu, 1 jam setiap kali (pilihan waktu terserah kepada anda)

Dikendalikan oleh : Guru Al-Hafiz bertauliah.

Bilik Kelas : Selesa dan berhawa dingin.

Masa : Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali hari Jumaat dan cuti am.

Sila datang sendiri untuk pendaftaran dan tempat adalah terhad.

Alamatnya adalah seperti berikut:

YAYASAN SEKOLAH AL-QURAN KUALA LUMPUR
Unit 7-7 & 7-9, Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Sak
50300 Kuala Lumpur

~ nunwowro, kiriman Adzman Sahamir. smg Allah memberkati beliau dan keluarganya.

Wednesday, June 10, 2009

"perfect smile?"


AWAS !!!
Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.

Apa itu fluorida?
Layari www.muslimconsumer.org.my/fluorida

Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.
Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit AWAS !!!

BAHAYA FLUORIDA
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

Perlukah amaran seperti diatas sekiranya produk tersebut benar-benar selamat? Mungkin jika digunakan sekali atau dua kali tidak mendatangkan apa–apa kesan, tetapi jika digunakan setiap hari dan sehingga 3 kali sehari ia mampu memberi pelbagai kesan buruk antaranya: KANSER & DENTAL FLUOROSIS!
Antara Contoh masalah Dental Fluorosis:

Ingat! Adalah tanggungjawab kita untuk menyebarkan Emel ini kepada ahli keluarga dan para sahabat.
© 2009 Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM )

cadangan alternatif..
HPA Herbal Toothpaste, foaming non-fluoridated toohtpaste. plus, does not contain gelatine or bone ash.

~ nunwowro, kiriman PPIM info@muslimconsumer.org.my

Flying Within Wings..

musim yang dinanti2 oleh bakal siswazah..
melunaskan hutang paper kantoi dengan membayar KSCP..
kepada bakal siswazah diucapkan TAHNIAH dan selamat menempuh alam baru..
ada yang sedang kalut membuat persiapan untuk interview di sana sini, menebalkan CV macam thesis..
macam2..

suka untuk dikongsikan..
TIPS INTERVIEW dari Ust Zaharuddin Abd Rahman..
semoga kehidupan beliau sekeluarga diberkati Allah..











Soalan Bocor
Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

"saya sekolah tadika di..., "
"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.


Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.


Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya) , dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,

Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat' .

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :

"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon..

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan "Tiada soalan"

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

sedikit daripada sekian banyaknya TIPS yang kita sudah biasa dengar..mudah2n sedikit membantu..

ada satu kisah seorang pemuda bernama Harun dipanggil oleh TM Berhad untuk interview pada suatu hari..Harun yang masih praktikal dan belum pernah melalui proses interview pun cuba membuat persiapan untuk interview tersebut..
di pagi interview tersebut, Harun mendapati ada lebih 20 orang yang hadir untuk interview, manakala jawatan yang ditawarkan hanya 12 sahaja. Harun bersalaman, senyum kiri-kanan, mendapati teman2 yang hadir pada hari itu ramai yang sedang bekerja dan berpengalaman belaka.
melihat jam masih ada lagi setengah jam lagi untuk masuk ke dalam, perut Harun mula memulas2, terasa bagai nak terkeluar perut dan seisinya..Harun bergegas ke tandas.
selesai menunaikan hajatnya, Harun berasa sedikit lega, dia cuba berlatih senyum seorang diri di hadapan cermin di hadapan tandas,tanpa disedari Harun ada seorang lelaki sedang memerhatinya. Harun melihat sinki tandas berlumut dan kebetulan ada berus gigi di situ. Harun menyental lumut di sinki sambil berlatih, "my name is Harun, i came from...,i am..".
melihat jam di tangan sudah hampir untuk dia masuk interview, Harun pun membersihkan sinki dan tangannya keluar dari tandas.
masuk sahaja ke dalam bilik interview, Harun duduk dan dadanya mula berdegup kencang. berdebar menanti soalan yang pertama..
"sila perkenalkan diri..", lega Harun kerana soalan pertama itu soalan bocor dan membuatkan dia sedikit berkeyakinan untuk menjawab soalan2 seterusnya.
"Harun, saya mendapati di tandas tadi kamu membersihkan sinki, di sini kami sudah ada tukang cuci, kenapa perlu kamu cuci sinki tu?", terbeliak mata Harun mendengar soalan itu, kerana fikirnya isu2 dunia yang berat2 akan ditanya, rupanya soalan yang mudah sahaja..
dengan pantas dan penuh keyakinan dan senyuman Harun menjawab..
"kerana saya yakin ada Allah yang melihat, dan ada malaikat yang mencatat!"

mudah2n Harun diterima bekerja di TM Berhad..dan alhamdulillah dia diterima kerana ihsan yang dimilikinya..

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda:
"wahai anak Adam, luangkanlah waktumu untuk beribadah kepada-Ku, nescaya Aku akan penuhi dadamu dengan kekayaan, dan Aku akan tutupi kefakiranmu, dan jika engkau tidak melakukannya, Aku akan penuhi dadamu dengan kefakiran dan tidak akan Aku tutupi kefakiranmu." - HR Ahmad/sohih

maha suci Allah yg memiliki segala kasih dan sayang

~ nunwowro, inspirasi http://www.zaharuddin.net/, ESQ Leadership Training, hadis2 qudsi pilihan susunan Sy Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. semoga Allah memberkati kehidupan guru2 kami.

Monday, June 8, 2009

Pertemuan Dengan Tuhan..

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Setiap penyakit pasti ada ubatnya, barangsiapa yang tepat dengan cara pengobatannya, dengan izin ALLAH S.W.T. sembuh" - riwayat MUSLIMIN,abi jabir bin abdullah.

Nisa' BTR mengucapkan salam takziah kepada keluarga Pn Tuminah.

Ayuh disedekahkan Al-Fatihah buat Dr Shoib, Pusat Perubatan ROAHA.

Beliau telah selamat dikebumikan pada jam 10 pagi, Isnin, 8 hb Jun 2009.

Pejuang dan penegak Sunnah Rasulullah..mengkaji dan mendalami Al-Quran dan Hadis dalam mencari penawar dan syifa' untuk jiwa2 manusia yang sakit ditimpa ujian dari Allah..Beliau banyak berjasa dalam memulihkan jiwa pesakit2 dalam mengembalikan keyakinan kepada Allah dan Rasul-Nya..

janji Allah itu benar..pertemuan dengan-Nya juga benar.

mudah-mudahan beliau meninggalkan legasi utk meneruskan perjuangannya..

sudi2lah melawat ke laman ini http://www.raohagroup.my/

~ nunwowro