Tuesday, February 17, 2009

Bahagiakan dirimu dengan se-simple al-Fatihah..


Tanpa kita sedar, al-Fatihah selesai di baca, kita pun rukuk, tanpa menyedari al-fatihah sudah berlalu begitu sahaja.
Mungkin juga kita melafazkan al-Fatihah dengan penuh penghayatan maknanya kalimah demi kalimah dalam al-Fatihah. Tapi ketahuikah kita rahsia makna kalimah demi kalimah yang kita fahami ini sebenarnya cukup membahagiakan kita.?
Bagi kita yang tertanya-tanya ‘bagaimana cara untuk membahagiakan Allah atas sekian nikmat yang dicurahkan’..sungguh kita tak akan mampu membahagiakan Allah, namun al-Fatihah ini mudah2n menjadi sedikit pemberian dan hadiah kita kepada Allah. Mudah2n juga menghilangkan derita persoalan menerima dan menerima dan terus menerima dalam diri kita. Rupanya ada juga ruang untuk kita memberi dan membalas cinta Agung. Rupanya ia semudah membaca al-Fatihah.
Semoga pintu mata hati manusia yang menanti dan mencari makin terbuka…
Semoga solat kita makin bermakna…
Semoga makin meningkat cinta kepada Allah dan Rasul-Nya…

Dari Abi Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan solat dan dia tidak membaca Ummul Quran, maka solatnya tidak sempurna”. Maka dikatakan kepada Abu Hurairah: “Sesungguhnya kami berada di belakang imam”, lalu beliau berkata: “bacalah surah al-Fatihah dalam dirimu (secara perlahan)”, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
Allah swt berfirman : “Aku membahagi solat itu menjadi 2 bahagian”,
antara Aku dan hamba-Ku berkata : “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”,
Allah berfirman : “Hamba-Ku memuji Aku”,
dan apabila dia mengatakan : “Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”,
Allah berfirman : “Hamba-Ku menyanjung Aku”,
dan apabila dia mengatakan : “Yang Menguasai di Hari Pembalasan”,
Allah berfirman : “Hamba-Ku mengagungkan Aku”,
Dan apabila dia mengatakan : “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta”,
Allah berfirman : “ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta”,
Dan apabila dia mengatakan : “Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”,
Allah berfirman : “ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta”.
(HR Muslim-sohih)

Nah! Ayuh kita meminta-minta kepada yang selayaknya dipinta2…
~ nunwowro, inspirasi susunan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, dalam Hadits-hadits Qudsy Pilihan.

Wednesday, February 11, 2009

Monday, February 2, 2009

Bahagiakan jiwamu..


Ayuh kita bahagiakan jiwa dengan sentiasa rasa berbaik sangka

Satu perkara yg membuatkan jiwa kita rasa bahagia apabila, apa yg kita hajatkan..apa yang kita harapkan..apa yang kita minta..apa yg kita panjatkan pada Tuhan tercapai..
Macamana pula ye..bila apa yg kita hajatkan..apa yang kita harapkan..apa yang kita minta..apa yg kita panjatkan pada Tuhan…tidak tercapai..
Bahagia tak rasanya?
tahu tak kita…apabila Allah SWT masih lagi belum mengabulkan doa kita..setidak-tidaknya ada 3 sebab..
Pertama..kerana doa yg kita naikkan itu tidak baik untuk kita…kedua..mungkin kita memang belum masanya kita menerima amanah itu..dan ketiga…kerana Allah SWT akan menggantikannya dengan yang lebih baik yang tidak pernah kita sangka-sangka..
Jadi..tidak perlu ada rasa putus asa berdoa..kan dalam Al-Mukmin: 60 Allah SWT berfirman, “Berdoalah pada-Ku, nescaya Aku akan memperkenankan bagimu.”
Ini doa mereka yang sentiasa baik sangka pada TuhanNya..inilah yg sentiasa berfikiran positif..inilah jiwa yang bahagia apabila.. apa yg kita hajatkan..apa yang kita harapkan..apa yang kita minta..apa yg kita panjatkan pada Tuhan tercapai ataupun tidak tercapai..
Ketika ku mohon pd Tuhan kekuatan…Tuhan berikanku kesulitan.
Agar aku menjadi kuat..
Ketika ku mohon pada Tuhan kebijaksanaan..Tuhan berikanku masalah untuk kupecahkan..
Ketika ku mohon pada Tuhan kesejahteraan..Tuhan berikanku akal..
Agar boleh ku berfikir..
Ketika ku mohon pada Tuhan keberanian..Tuhan berikanku situasi bahaya untuk ku atasi..
Ketika ku mohon pada Tuhan sebuah cinta..Tuhan berikanku mereka yg bermasalah untuk ku bantu..
Ketika ku mohon pada Tuhan bantuan..Tuhan berikanku kesempatan..
Aku tidak pernah menerima apa yang aku minta..
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan..
Doaku terjawab sudah..
Terima kasih ya Tuhan..Engkaulah sebaik-baik Pengabul Harapan..

~nunwowro, inspirasi Musikalisasi Puisi LAPAR, karya Cichi Sukardjo.

Kala Kau Berseorangan

“Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy, dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)”

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat. Dikeluarkan oleh al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy
~ nunwowro, cuplikan daripada blog ustaz zahazan mohamed, http://zahazanmohamed.blogspot.com/