Tuesday, September 29, 2009

:: SeNyuMan & KeteGasan Rasulullah ::




Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya.


Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.


Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar: “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)


Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan: “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata: “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”


Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata; “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain.


Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya." Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.


Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.


Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan...

* syukran ila http://mutiara86.blogspot.com/

~ simple_shida

Saturday, September 26, 2009

Terima Kasih Allah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah..Maha Pengasihani..

(ayat-ayat Cinta-Nya mengikat manusia tidak kira tua mahupun muda dengan simpulan ukhwah kerana Allah)

Alhamdulillah..terima kasih Allah..
dalam kesibukan urusan masing-masing, kami tetap dapat bertemu bersama-sama meraikan Majlis Khatam Quran pada 13 September 2009.

terima kasih ustazah-ustazah jemputan yang berbahagi dan berkongsi kebahagiaan mengerjakan Solat Sunat Tasbih..
mudah-mudahan amalan yang luarbiasa indahnya ini dapat dibiasa-biasakan oleh kami.
Indah Doa Solat Sunat Tasbih dan Doa Khatam Quran seperti indahnya amalan itu dikerjakan..
tetapi itulah antara amalan yang sunat yang berat dilaksanakan di dunia walaupun umum mengetahui ia tinggi di sisi Tuhan..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa.
Solat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui.
Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu, agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Namun, bertasbih..mengingati Allah..berhubung dengan-Nya tidak mengira masa dan keadaan..kerana di setiap penjuru wajah ini dihadapkan, di situlah 'wajah' Allah..

semoga kita semua beroleh puasa yang 'mabrur'.. menjadi insan yang terkesan dengan amalan-amalan yang telah dikerjakan di bulan yang dimuliakan Allah ini..Ramadhan Kareem.

tahniah buat semua yang terpilih oleh Allah untuk bersama-sama bertadarus dan meraikan kemenangan kita semua untuk 'meng-khatam' Quran..

~ nunwowro, credit to http://suarapesanan.blogspot.com/ yg byk memberikan sharing bermanfaat.

Sunday, September 20, 2009

salam eidul fitri 09'



Genre : Khutbah
Tajuk : Kembali kepada Fitrah Ketaqwaan.
Oleh : Siddiq Osman

** mencetak..menyalin dari :http://wardatulshaukah.blogspot.com/


Khutbah Pertama


الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر . وللهِ الحَمْدُ .

أَشهَدُ أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه , لَه الْمُلْكُ وَلَه الحَمْدُ وَهُوَ

عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِ ين, وَعَلَى آَلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِ ين لهَمُ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ


. فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ ,
وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Wahai muslimin dan muslimat,

Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan dan janganlah kita mati melainkan dalam keadaan muslim.


Sidang Aidil Fitri sekalian,

Marilah bersama-sama kita mengucapkan Takbir, Tahmid dan Tasbih dalam mensyukuri dan mengagungkan Allah dengan penuh penghayatan. Di atas nikmat Allah yang banyak dalam kehidupan kita sehari-hari, ditambah pula dengan nikmat yang terulung dan paling berharga iaitu Iman, Islam dan amal-amal soleh.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Setelah sebulan kita memburu Taqwa dalam ibadah Ramadhan kita dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah maka tibalah hari ini. Hari Kesyukuran dan Kebesaran Umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hari yang diperintahkan ke atas kita bergembira dan membesarkan Allah seperti Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan / mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah 185)

Jika Ramadhan merupakan perlumbaan ketaqwaan maka kini Syawal membawa perintah kesyukuran. Inilah nilai-nilai yang perlu kita rebutkan dalam kehidupan. Nilai sebenar yang Allah lihat dalam kehidupan penuh ujian ini. Pangkat-pangkat yang Allah dan makhluk langit pandang dan jawatan-jawatan yang mendapat ganjaran di Hari Akhirat kelak. Pangkat Mukmin, Pangkat Muttaqiin dan Pangkat Syakiriin merupakan darjat kebesaran yang ada nilai di sisi Allah.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai Manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan pula kamu berbagai bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di sisi kamu adalah yang paling bertaqwa sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan Dalam PengetahuanNya.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
Hari ini adalah hari di mana kita kembali kepada fitrah kita. Kembali kepada kesucian, tetapi perlu kita fahami bahawa bukanlah kesucian ini memenuhi setiap jiwa. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasainya.

Mari kita renung sabda Rasulullah yang berbunyi:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya : Betapa ramai orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang-orang yang bangun ibadah di malam hari namun tidak mendapat apa-apa dari qiyamnya kecuali hanyalah berjaga malam sahaja. (Riwayat Ibu Majah)


Maka Hari ini Saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian agar kita memuhasabahkan diri kita sebagaimana yang diriwayatkan mengenai salafussoleh bahawa mereka menanti Ramadhan enam bulan sebelum bulan itu tiba dan bermuhasabah sepanjang enam bulan setelah ia berlalu. Adakah amalan kita mencapai piawaian Ramadhan. Piawai keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah.

Dua piawai inilah yang menjadi prasyarat pengampunan dosa yang telah Rasul sebutkan dalam hadits yang sangat masyhur;

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan Iman dan mengharapkan ganjaran maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.

Inilah standar Ramadhan yang bakal melahirkan ketaqwaan. Bukanlah Ramadhan yang dihiasi dengan tidur dan hiburan pada siang hari dan makan serta minum di malam hari. Yang mana Ramadhan bertukar dari bulan bersusah dan bertungkus lumus kepada bulan berehat-rehat dan berpesta. Dengan pembaziran seperti mercun makanan yang melampau-lampau dan juga di sudahi dengan pakaian mewah yang berlebih-lebihan di hari raya. Bahkan pakaian yang ditempah dan dibeli mendedahkan pula aurat. Baik bagi yang dewasa mahupun remaja.

Cukuplah Aidil Fitri yang sudah-sudah menjadi medan keduniaan kita ubahlah mulai hari ini menjadikan Aidil Fitri Medan kehambaan dengan rasa syukur bersama pakaian yang baru cantik tetapi sederhana dan menepati kehendak Syarak.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Sidang Jemaah sekalian mari kita renung dalam diri kita,

Apakah wujud Taqwa yang dicitakan oleh amal ramadhan pada diri kita? Bagi menjawab persoalan ini mari kita renung kata-kata Imam Ali Ra dalam menyatakan makna Taqwa, menurutnya:

Taqwa itu takut kepada Allah, Beramal dengan al Quran, cukup dengan sedikit dan bersedia untuk kematian.

Apakah sifat-sifat ini ada pada diri kita? Dalam kita bertakbir di bibir adakah tercetus takut kita kepada Allah Yang Maha Besar di dalam hati. Dalam melaungkan kalimah Tahmid apakah bersinar rasa berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah di dalam kalbu kita? Atau kalimah ini hanyalah lagu lagu zikir yang kita dendangkan tanpa ruh dan penghayatan? Islam bukanlah agama jasad sahaja, bukan pula akal sahaja, bukan hanya penyerahan hati sahaja. Tetapi Islam menuntut penyerahan penuh dan menyeluruh. seperti firman Allah:

Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah Syaitan...

Adakah cukup sekadar kita solat dan puasa tanpa memahami tuntutan kedua ibadah itu? sudah pastilah tidak. Sebab inilah yang mengakibatkan solat kita tidak mencegah kita dari kemungkaran. Puasa kita tidak mendinding kita dari maksiat dan sedekah kita tidak memadam kejahatan kita. Mari kita renung Firman Allah dalam surah al Mukminun:


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

(Surah Mukminun ayat 1-11)

Marilah kita semua berhenti menjadi Muslim Part time dan kembali kepada Fitrah menjadi Muslim Full Time. Kita mestilah Islam dalam segenap aspek kehidupan. Dari segi individu, berkeluarga, bermasyarakat, dalam ekonomi, pentadbiran, pendidikan, ketenteraan, hiburan, kemanusiaan dan segala macam aktiviti kehidupan.

Sememangnya fitrah kita adalah taqwa. Tetapi tempelan duniawi yang menipu daya telah memesongkan kita dari fitrah. Kita telah mengikat janji dengan Allah sejak alam Ruh lagi. Jika kita tidak bersetuju dengan tawaran ketaqwaan di alam Ruh maka tidak ada kita di dunia ini.

Inilah yang disifatkan Nabi saw dalam sabda baginda:

Setiap yang lahir itu lahir dalam keadaan fitrah maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau majusi.

Marilah kita kembali kepada fitrah kita secara sedikit demi sedikit dengan usaha yang sempurna merangkumi semua aspek hidup. Ini menuntut kita kepada mendambakan tarbiyah yang tersusun dan berpanjangan. Tarbiyah yang bersifat rabbani. Tarbiyah yang bersumberkan wahyu iaitu al Quran dan Sunnah. Kita mendidik diri dan persekitaran kita dengan nilai-nilai Islam yang telah membawa ketamadunan manusiawi yang hakiki.

Muslimin- muslimat sekalian.

Islam tidak memandang enteng mengenai institusi kekeluargaan kerana di sanalah madrasah pertama ketaqwaan manusia. Institusi yang menyemai sikap dan tingkah laku. Ini boleh kita lihat bagaimana Allah memilih keturunan Rasulullah saw. Walaupun dari kalangan Arab yang jahil tetapi keluarga Nabi kita adalah dari bangsawan yang terpelihara. Islam sangat menekankan pendidikan anak-anak baik dari segi pendidikan jasad, pendidikan minda , pendidikan peribadi dan juga sensitiviti ataupun kita sebut sebagai pendidikan hati dan perasaan.

Allah berfirman :
Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari Api Neraka adapun bahan bakarnya adalah dari kalangan manusia, jin dan batu.

Maka di hari yang mulia ini saya dengan penuh kasih sayang menyeru marilah sama-sama kita berganding bahu menjaga keluarga besar Malaysia di sini saling bantu membantu dalam menyelamatkan diri kita semua dari azab Allah. Kita memelihara amal kita dan saudara kita, kita menutup aurat kita juga saudara kita, kita membina kebahagiaan masyarakat Islam dengan menyampaikan pesanan pesanan yang baik di kalangan kita. Kita mesti menjadi agen kepada promosi ke Syurga Allah. Tidak cukup kita sahaja menuju ke Syurga sedangkan di sekeliling kita kita lupakan. Marilah kita hayati firman Allah:

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

(Surah al Asr Ayat 1-3)

Maka seharusnya kita mengambil Faham bahawa Islam adalah agama dan cara hidup tidak pernah dipisahkan oleh mana-mana nas sekalipun. Islam itu dilihat dan ditampilkan dalam kehidupan sehari-hari. Bukan sekadar dalam bualan dan bebelan semata. Tetapi Islam adalah cara hidup yang praktis dan efektif. Islamlah satu satunya agenda kemasyarakatan dan sistem sosial yang menjamin pembangunan modal Insan yang berkualiti kerana setiap orang Islam diberi tanggungjawab menjaga anggota masyarakat ke arah membentukkan suasana yang harmoni.

Sabda Rasul yang bermaksud:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal mengenai pimpinannya.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Muslimin muslimat yang diberkati Allah,

Di pagi yang mulia ini dituntut kita berkasih sayang bersalaman dan berpelukan sesama saudara kita kerana Rasulullah bersabda mafhumnya:

Barangsiapa berjabat tangan di hari raya kerana Allah maka diampunkan dosa-dosanya dan barang siapa berpelukan di hari ini kerana Allah maka gugurlah dosanya sebagaimana gugurnya daun kering dari pohon.

Sudah menjadi galakan di dalam Islam supaya umat Islam sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah di setiap hari kebesaran. Marilah kita mengembalikan ruh kita hari ini kepada fitrah ketaqwaan. Mari sama-sama kita jadikan Aidil Fitri kali ini Aidil Fitri yang mempamerkan ubudiyah Ramadhan. Kita bersederhana dalam hidangan, elakkan pembaziran.. Kita bersederhana dalam pakaian, dengan menjaga Islam kita. Kerana antara ciri mukmin itu adalah mereka yang berbeza pakaian mereka dengan agama lain. Kita diwajibkan menutup aurat seperti wajibnya solat. Kita hendaklah faham bahawa mendedahkan aurat itu bukanlah urusan kecil. Ia adalah penentangan perintah Allah. Kita melanggarnya beerti kita ingkar dengan suruhan Allah. Marilah kita ubah diri kita, keluarga kita dan jiran tetangga kita.

Tiadalah ertinya amal kita yang bertungkus lumus dalam Ramadhan sekiranya menjelmanya Syawal kita jatuh dalam kemaksiatan. Mulai hari ini marilah kita berazam menjadi Mukmin yang soleh dan muslih. Yang sentiasa menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita didik hati kita agar sentiasa tunduk hanya pada Allah agar Allah menerima kita dan memandang kita di Akhirat sebagai hambaNya dan membenarkan kita melihat Wajah Allah yang maha Agung. Mudah mudahan kita mengambil pengertian dari firman Allah:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ50
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 51
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ52
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ53


بَارَكَ الله لِى وَلَكُمْ فِى القُرْآنِ العَظِيمِ , ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِاْلأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ , وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَه إِنَّه هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ . اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِ ر الله العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ ولِسَائِرِ المسُلِمِيْنَ
والمسُلِمَاتِ إنَّه هو الغَفُورُ الرَحِيمُ .


Khutbah Kedua

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد.

أَشْهَدأَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْعَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَه وَنَصَرَه وَوَالاَه . أَمَّا بَعْدُ ,

التَّقْوَى فَيَا عِبَادَ اللهِ , أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ . وَتَزوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ

Ramadhan Sudah berlalu. Sekiranya kita beribadah kerana Ramadhan maka hari ini bukan lagi Ramadhan. Tetapi seandainya kita beribadah kerana Allah dan kepada Allah maka Allah maha kekal dan takkan pergi atau hilang.

Marilah kita semua bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan sehingga akhir hayat kita. Kita jitukan tekad pada hari ini dalam mengorak langkah ke arah menjadi hamba yang lebih taat. Semoga dengan niat dan doa kita Allah mudahkan kita dalam urusan mentaatinya. Sedarlah kita bahawa tiada daya upaya kita mentaati Allah tanpa inayah dan hidayah dariNya. Allah berfirman:

ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا

Itulah dari ayat-ayat Allah barangsiapa yang diberi hidayah maka dia akan mendapat hidayah dan barangsiapa yang disesatkan maka dia tidak akan mendapat pelindung ataupun penunjuk.

(Surah al Kahfi:17)

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita menjadi golongan yang berkasih sayang kerana Allah kerana firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sesungguhnya tiadalah orang yang beriman itu melainkan mereka bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu mudah mudahan kamu beroleh rahmat.

Dalam ayat dibacakan tadi jelas Allah menyifatkan persaudaraan itu adalah ciri orang beriman dan usaha menyatukan sesama kita adalah antara sebab turunnya Rahmat Allah. Maka di hari ini marilah kita bermanis muka dan melupakan segala kesalahan saudara kita mudah mudahan Allah menempatkan kita di antara mereka yang dirahmati di akhirat nanti.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيمَ .

وَبَارِ ك عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنكَّ

حمِيدٌ مَجِيدٌ . اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِ لمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ

وَالأَمْوَاتِ . رَبنَّا اغْفِرْ لَنَا ذُنوُبنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبوَّنَا صِغَارًا. رَبنَّا اغْفِرْلَنَا

وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُ وْنَا بِالإِيْمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلا لِلَّذِيْنَ آَمَنُوْا رَبنَّا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ .

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ , وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ , وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ

وَالظَّالِمِيْنَ . اَللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنعُوْذ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى

نُحُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شمَلَهُمْ وَفَرِّقْ جمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا

مِنْ كِلاَبِكَ .


اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ , وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ , وَفِى

كَشْمِيْر , وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ . اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ , وَاجمَعْ كَلِمَتَهُمْ , وَثبَّتْ

أَقْدَامَهُمْ , وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ .

اَللَّهُمَّ آَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا, وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا, أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَه اَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا

, وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه . اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَاننَا, وَأَئِمَّتَنَا ا وَارْزُق نَا اتِّبَاعَهقلحَقَّ حَ

وَوُلاَة أُمُوْرِنَا, وَاجْعَلْ وِلاَيتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .


رَبنَّا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لمَ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ . رَبنَّا هَبْ لَنَا مِنْ

أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّة أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.

رَبنَّا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

. وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ . وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ

الْعَالَمِيْنَ .


اَلله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , وَلِلَّهِ الحَمْدُ

Friday, September 18, 2009

Nisa' Small Kindness @ Bandar Tun Razak

Assalamualaikum wbt ..

Dari Anas bin Malik RA katanya:

“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga ia menyukai untuk saudaranya seperti apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”



(masih melemparkan senyuman walaupun sudah seharian menjejak..terima kasih Allah)
Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah, sebagaimana usaha-usaha Nisa' Wilayah Persekutuan meraikan golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan, Nisa' Bandar Tun Razak juga tidak ketinggalan menganjurkan Nisa' Small Kindness.

Program tersebut dilaksanakan pada 12 September 2009 yang lepas sebagaimana yang telah dirancangkan. Dengan tenaga Nisa' BTR bersama adik-adik Nisa' Teen Circle seramai 12 orang, kami berziarah ke 10 kediaman sekitar Bandar Tun Razak bagi mengagihkan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal yang terpilih untuk menerima bantuan. Antara kediaman tersebut terletak di Perumahan Flat Sri Kota, Flat Sri Labuan, Flat Penyu Taman Len Seng, dan di Flat Seri Perindu. Diharapkan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga dalam meraikan Aidilfitri kali ini.

Ada dari kalangan ibu tunggal dan ahli keluarga mereka yang menderita sakit sehingga menyebabkan mereka tidak dapat keluar bekerja.

Ada juga yang terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil kerana ditinggalkan suami.

Ada anak-anak mereka yang tidak dapat meneruskan pelajaran kerana terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

Terdapat juga luahan si ibu tunggal yang kematian suami dan ada yang sudah bercerai. Hasil daripada pemerhatian guru-guru yang prihatin, ada anak-anak ibu tunggal ini yang mengalami masalah sehingga sering tidak hadir ke sekolah.

Ternyata institusi keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan masyarakat yang baik dan berilmu.


Ternyata pengalaman kami menganjurkan dan menyertai program ini amat bermakna. Kami berpeluang berkongsi sedikit sebanyak suka duka keluarga tersebut. Sebagai orang yang bernasib baik, banyak nikmat Allah yang perlu kita syukuri. Benarlah firman Allah:

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

~ zila

Wednesday, September 16, 2009

So You Think It is USELESS?

In a not so far away time..

An Atuk lived on a farm with his young grandson..

Each morning, Atuk was up early sitting at the kitchen table reading his Quran..

His grandson wanted to be just like him and tried to immitate him in every way he could..

One day..
the grandson asked.."atuk, I try to read the Quran just like you, but i don't understand it..what i do understand, i forget as soon as i close the book."

he continue.."WHAT GOOD DOES READING THE QURAN DO?"

Atuk smiled..
He quietly turned after putting a basket of coal in the sunny sack..

He replied.."Take this coal down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told..

but all the water leaked out before he got back to the house..

the Atuk laughed and said.."You'll have to move a litle faster next time."

Atuk sent him back to the river with the basket..TO TRY AGAIN..

This time the boy ran faster..

but again..

the basket was empty before he returned home..

out of breath..he told his Atuk that it was impossible to carry water in a basket..

and he went to get a bucket instead..

The Atuk said.."I don't want a bucket of water, i want a basket of water..you are just not trying hard enough."

then he went out to watch his grandson repeating the task..

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his Atuk that even if he ran as fast as he could..the water would still leak out before he got back to the house..

the boy again dipped the basket into the river and ran hard...

but when he reached his Atuk, the basket was again EMPTY!

"HUh..Huh..Huhh!"

out of breath, he said.."it's useless!"

"so you think it is useless?"

the atuk said..

"look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time he realized that the basket was different..

it has been transformed from a dirty old coal basket and was now clean...
INSIDE and OUT!

"that's what happens when you read the Quran..you might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed..

INSIDE and OUT..

That is the work of Allah in our lives."

Allahualam..

~ nyemah_mulyaa

The SPORTS Car..


A young man was getting ready to graduate college..

For many months he had admired a beautiful sport car in a dealer’s showroom, and knowing his father could well afford it, he told him that was all he wanted..

As Graduation Day approached, the young man waited signs that his father had purchased the car..
Finally, on the morning of his graduation..his father called him into hi private study..

His father told him how proud he was to have such a fine son, and told him how much he loved him..

He handed his son a beautiful wrapped gift box..

Curious, but somewhat dissappointed, the young man opened the box and found a lovely, leather-bound Quran..

Angrily, he raised his voiced at his father and said,

“With all your money you give me a Quran?”
and stormed out of the house, leaving the holy book..

Many years passed and the young man was very successful in business.

He had a beautiful home and wonderful family, but realized his father was very old, and thought perhaps he should go to him..

He had not seen him since that graduation day..

Before he could make arrangements, he received a telegram telling him his father had passed away, and willed all of his possessions to hi son.

He need to come home immediately and take care things..

When he arrived at his father’s house, sudden sadness and regret filled his heart..

He began to search his father’s important paper and saw the still new Quran, just as he had left it years ago..

With tears, he opened the Quran and began to turn the pages.

As he read those words, a car key dropped from an envelope taped behind the Quran..

It had a tag with the dealer’s name, the same dealer who had the sports car he had desired.

On the tag was the date of his graduation, and the words..PAID IN FULL..

~ nyemah_mulyaa

Thursday, September 10, 2009

Sunday, September 6, 2009

Jom..Turunkan Al-Quran ke Hati..

Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung..
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah..
Dan perumpamaan-perumamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir..

Dialah Allah..
tiada Tuhan selain Dia..
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata..
Dialah Yang Maha Pengasih..
Maha Penyayang..

Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia..
Maha Raja..
Yang Maha Suci..
Yang Maha Sejahtera..
Yang Menjaga Keamanan..
Pemelihara Keselamatan..
Yang Maha Perkasa..
Yang Maha Kuasa..
Yang Memiliki segala Keagungan..
Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan..

Dialah Allah Yang Menciptakan..
Yang Mengadakan..
Yang Membentuk Rupa..
Dia Memiliki nama-nama yang Indah..
Apa-apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya..
Dan Dialah yang Maha Perkasa..
Maha Bijaksana..

- al-Hasyr:21-24
Jom turunkan Al-Quran ke hati..
mudah-mudahan bercahaya hatinya..
seperti cahaya bukit Nur yg terpancar..
batu yg keras lagikan bercahaya..
inikan hati kecil yg lembik lembut..
semoga dileburkan hati kita seperti leburnya besi Nabi Daud as..
Semoga kita semua beroleh kebaikan,keampunan dan pelepasan daripada api neraka..

Salam Nuzul Al-Quran dari kami..Nisa’ BTR

1 Message Received from RIJAL..



Kami sulit menahan pandangan mata KAMI ketika melihat kalian,


apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH kecantikan dan postur yang ideal,


kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,


kerana itu lebarkanlah pakaian kalian,


dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.




Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian,


apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH suara yang merdu dengan irama yang mendayu,


karena itu tegaskanlah suara kalian,


dan berbicaralah seperlunya.




Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,


ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami,


waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian,


karena itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.


Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian,


Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,


Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis,


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,


maka jagalah jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan.


Maha Besar ALLAH yang tahu akan kelemahan hati kami, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhoi-Nya kalian akan halal bagi kami..



"..Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga,lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab...Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

~ sharing daripada ainyashinha_city@yahoo.com.my

Tuesday, September 1, 2009

Jom...jadi Hamba Tuhan..bukan Hamba Ramadhan!

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu,
“Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”,
iaitu maksudnya,
“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi,
“Bilakah berlaku malam Qadar?”.
Nabi bertanya kepada Aisyah semula,
“Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.
Aisyah menjawab,
“Saya tak tahu”..
kemudian Aisyah bertanya lagi..
“Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”.
Nabi berkata kepada Aisyah,
“Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?”
Nabi jawab,
“ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali,

“Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali,

“Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu,

“Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah?"

Nabi menjawab,

“Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab,

“Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.”

Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.


Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu,

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya,

“Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia,

“ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.

Uwais menjawab,

“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi,

“Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

Uwais menjawab,

“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi,

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

Uwais kata,

“Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”.

Ibunya menanbah,

“Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa,

“Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata,

“Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”.

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi,

“Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”,

Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan,

“Ghoforollah hu mat taqadaman”,

Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.


Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu,

“Astagh firruka humma waatubu ilaih”.

Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi,

“Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”.

Nabi menjawab,

“Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Belajar untuk berTerima Kasih..

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja."

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa:

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni'” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan,

“Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.

Kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

~ utusan Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, semoga redha Allah sentiasa bersama beliau sekeluarga.