Thursday, December 31, 2009

salam 2010 | salam MAAL HIJRAH 1431





salam tahun baru 2010 & salam maal hijrah 1431. bersama tingkatkan kapasiti sinergi + energi diri agar hidup lebih diberkati disamping kita terus memberi dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara.. hayati hidup erti MEMBERI. ;)




Bila aku meminta KEKUATAN,


ALLAH memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.


bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,


ALLAH memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.


bila aku meminta KEKAYAAN,


ALLAH memberi aku AKAL agar aku bekerja.


bila aku meminta KEBERANIAN,


ALLAH memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.


bila aku meminta CINTA,


ALLAH memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.


bila aku meminta KURNIA,


ALLAH memberi aku KESEMPATAN.


dalam semua hal…


aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN…


tetapi AKU MENERIMA apa yang AKU PERLUKAN…


ternyata doaku telah dikabulkan oleh-Nya…

Thursday, December 24, 2009

Monday, December 21, 2009

Jom Join Public Talks!

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION (IIS)


In conjunction with the upcoming Christmas Public Holiday, IIS is organizing a special public holiday talk on Jesus Christ in Islam.

JESUS CHRIST – A MUSLIM PERSPECTIVE

by:
YM Engku Ahmad Fauzi Engku Mohsein
Senior Da’wah Officer

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION

Addressing common questions like:

1. Do Muslims believe in Jesus Christ?

2. Was he born miraculously without a human father?

3. Is he God?

4. Was he crucified?

5. Did Jesus Christ die for the sins of mankind?

Date : 25th December 2009 (Friday)
Time : 10 am – 12.30 pm
Venue : IIS Hall, No 1-5-2, Prima Peninsula ,
Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Please call 03-42604160 for more info.

Refreshment will be provided.

Enjoy special discounts on books and other media material from Saba Islamic Media bookshop.

All are welcome, Muslim & Non Muslim…. bring along your family and friends!!

Friday, December 18, 2009

Jom Join Public Talks!

Dear friends,


Peace be with you.

We are pleased to invite you to the following programme:

Public Talks

"Saving Our Planet in Times of Crisis"
(Monday, 21 December @ 8pm)

"Who is Our Creator? Arriving at a True Concept of God"
(Tuesday, 22 December @ 8pm)

presented by:
Dr. Abdullah Hakim Quick
(Republic of South Africa)

Venue:
Caring Society Complex,
Jalan Utama,
10460 Penang

Free entrance and parking.

Quality books and DVDs will be on sale.

All are welcome.

Kindly forward this notice to your friends, colleague and acquaintance.

Brought to you by:
IPSI Penang
(http://www.ipsi.com.my/)

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal-Hijrah 1431H

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Mengurnia nikmat kepada hamba-hamba-NYA.

Semoga kita berhasil menghampakan seterusnya meleburkan syaitan dengan doa-doa dan penyesalan atas dosa dan kesilapan yang lalu.
Semoga kita juga berhasil membina tembok perisai diri untuk menghadapi kehidupan hari esok juga kehidupan seterusnya dengan doa-doa, keazaman dan harapan..


Nisa' BTR ingin menyusun jari memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesilapan kami..
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H.
Semoga Allah memaafkan kita semua dan menerima amal kebajikan kita yang sedikit ini.

Salam Sayang,
- komuniti Nisa' BTR

Do'a Akhir Tahun Hijrah


(Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Ashar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah)

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Do'a Awal Tahun Hijrah

(Doa Awal Tahun dibaca 3 kali sesudah maghrib pada malam satu Muharram)

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Tuesday, December 15, 2009

jOm ke KEM kembara IMAN



salam cuti-cuti SEkolah!!
pada remaja berumur 13-17tahun..
jom kita penuhkan jadual cuti sekolah
ke KEM KEMBARA IMAN.

wah.. syokk!! macam-macam prOgram ada..
rugi kalau tak jOin ;)
okey.. kita jumpe di KKI.

Monday, December 14, 2009

Jom Join Kelab Remaja Islam @ Kem Kembara Iman

..derita jiwa dgn anak sendiri..



ini bukan gambar rekaan..rempit..ponteng sekolah..hidu gam..syabu..ice..dadah..video lucah..klip lucah..gambar lucah..ini semua bukan rekaan..pecah rumah..curi motor..bencana..bencana..itulah bencana



sesungguhnya setiap 'penyakit' remaja hari ini ada 'penawar'nya..
Jom bersama-sama kami, Nisa' Bandar Tun Razak menjayakan KEM KEMBARA IMAN..

mudah-mudahan iman yang tersimpan dalam diri adik-adik kita dapat membantu mereka..
menginsafi kehidupan lalu..menghayati kehidupan hari ini..dan
bersedia untuk kehidupan akan datang..

ketahuilah..
jika Allah menimpakan suatu 'bencana' kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannyaselain Allah, dan..
jika Allah mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..
- iktibar surah al-an'am:17

dengan besar hati juga kami membuka kepada semua remaja yang berminat untuk bersama-sama menyemarakkan KELAB REMAJA ISLAM Bandar Tun Razak..

Ayuh adik-adik..Daftar segera!

Wednesday, December 9, 2009

Selamat Pengantin Baru

Dengan besar hati diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..
buat pasangan-pasangan AJK NISA' BTR yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan seterusnya menamatkan zaman bujang..


Aminatun & ShamsulBahri

Zunairah Bt Hilmi & Mohammad Nizar B Abdul Khodir

Shahira & Aizat


Semoga kalian beroleh keluarga sakinah dan bahagia dunia akhirat..
Semoga diganjarkan Allah keturunan yang baik dan menggembirakan hati..
Semoga terpilih menjadi pemimpin orang-orang yang bertaqwa..

~ komuniti Nisa' BTR

JOM JOIN NISA'..Kerana Dirimu Begitu Berharga...


SUKACITA DIJEMPUT..




KONVENSYEN NISA' WILAYAH

PADA :

10 JANUARI 2010 (AHAD)

JAM :

8.30 PAGI – 1 TENGAHARI

TEMPAT :

DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT

Slot Menarik Menanti Anda!!!!

· Edaran Kad Ahli Nisa`

· Talkshow : “Bidadari Cemburu Padamu…..”

· Persembahan Nasyid & Pentomin : “Seindah Bidadari Syurga….”

· Cabutan Bertuah


- MASUK ADALAH PERCUMA

- SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

- DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI! !!



- SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG INGIN MENYERTAI NISA`


-DAFTARLAH SEGERA!
TERHAD UNTUK 300 ORANG SAHAJA


Untukmu Wanita…..

"Kerana Dirimu Begitu Berharga..."


HUBUNGI : 013-200 9426 (Azi) @ 017-353 3468 (Yani)


ANJURAN NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN


Thursday, December 3, 2009

Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan

TERKINI!!    jom ramai2 ke
Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan
Anjuran SmartCom Consultancy yang diterajui oleh Ustaz Radzi Zainon
B. Eng (Hons), M.Sc (Eng) USM
Pada 18,19 dan 20 Disember 2009

Di Institut Latihan GPMS
Kg Seri Rahmat, Batu Gajah Perak

Jika anak anda ada masalah-masalah seperti malas belajar, malas solat, tiada kawan, buang masa, suka hiburan melampau, kurang kenyakinan diri…


Hubungi kami melalui talian
019 2826743, 019 5747231 (En. Nazrin)
Serahkan anak anda yang berumur 10-15 tahun kepada kami….kita berusaha Allah menentukan.

Kenali Motivator Anda.
Ustaz Radzi Bin Zainon
· Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Kejuruteraan di USM
· Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh Perak (1996)
· Tutor Sambilan USM Tronoh Perak (1997-1998)
· Penolong Pensyarah Sambilan, UTP Seri Iskandar Perak (1997-1998)
· Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pensyarah Kejuruteraan, Kolej UNISMA Ioh Perak (1998-2002)
· Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh) segmen Bicaranita (2000-2002)
· Pengarah Syarikat, Rapat Dagang Sdn Bhd (1999-2002)
· Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM (Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007)
· Perunding motivasi dan Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak, Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di serata Negara.
· Pendakwah Bebas
· Pengamal perkhidmatan Jurutera Profesional.
  by~ ungguviolet