Tuesday, August 4, 2009

JOM ...Tambah Ilmu!


INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA
dengan penuh takzim mengundang dan mempersilakan tuan/puan ke

Majlis Penghargaan
“MENJELANG 75 TAHUN A. SAMAD SAID”dan Pelancaran Buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan majlis penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” bagi mengenang dan menghargai karya serta sumbangan Sasterawan Negara Keempat (1986) ini membangunkan bidang sastera kebangsaan, selain bertujuan meraikan menjelangnya 75 tahun usia beliau pada 9 April 2010.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:
8 Ogos 2009 (Sabtu)
8.00 Malam – 11.00 Malam
Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Pihak ITNM amat berharap tuan/puan dapat hadir ke majlis ini.

Sekian, terima kasih.

“Pilihan Anda Untuk Terjemahan Berkualiti”

Untuk pertanyaan lanjut berhubung majlis ini, Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel: anuar@itnm.com.my ataupun Cik Norhasydah Ayub di talian 019-274 3836, e-mel: shida@itnm.com.my