Tuesday, May 25, 2010

Jom Join Nisa' @ EUW Siri-12

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan sukacitanya menjemput ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik, kawan-kawan untuk join kami..

di EUW Siri-12,
pada 29 Mei 2010
9.30 pagi
bertempat di Surau Asy-Syakirin, Bandar Tun Razak.

Istimewa Untuk IBU!
"Hati-hati yang Dikasihi Allah"

jumpa di sana!

Jom Join Kelab Remaja Islam @ Kem Kembara Iman Siri-3

..derita jiwa dgn anak sendiri..


ini bukan gambar rekaan..
rempit..ponteng sekolah..hidu gam..syabu..ice..dadah..video lucah..klip lucah..gambar lucah..rogol..zina..
ini semua bukan rekaan..pecah rumah..curi motor..bencana..

setiap 'penyakit' remaja hari ini ada 'penawar'nya..
so..
Jom bersama-sama menyokong kami,
Nisa' Bandar Tun Razak untuk menjayakan..

KEM KEMBARA IMAN Siri-3..

pada 5 dan 6 Jun 2010
bertempat di Suara Rimba, Ulu Langat
bayaran RM 40 sahaja!

mudah-mudahan iman yang tersimpan dalam diri adik-adik kita dapat membantu mereka..
menginsafi kehidupan lalu..menghayati kehidupan hari ini..dan
bersedia untuk kehidupan akan datang..

ketahuilah..
jika Allah menimpakan suatu 'bencana' kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannyaselain Allah, dan..
jika Allah mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..
- iktibar surah al-an'am:17

dengan besar hati juga kami membuka kepada semua remaja yang berminat untuk bersama-sama menyemarakkan KELAB REMAJA ISLAM Bandar Tun Razak..

Ayuh adik-adik..Daftar segera!
Hubungi Ust Suhana segera.

Wednesday, May 12, 2010

cont. Kembara Nisa' @ Kepulauan Riau

Jadual Program:

Hari Pertama:

8.00 pg: Berkumpul di Jeti Stulang Laut, Johor Bahru

8.30 pg : Menaiki feri ke Tanjung Pinang

11.00 pg : Dijangka sampai ke Hotel

Makan Tengahari

2.00 ptg: Lawatan ke rumah anak-anak yatim dan anak-anak

tsunami

Makan malam

Keliling kota

Rehat

Hari kedua:

8.00 pg : Sarapan

8.30 pg : Menaiki bot ke Pulau Penyengat

Ke Masjid Putih Telur

Solat-solat sunat

Bacaan Yasin

12.30 tghri : Solat Zuhur

Makan Tengahari

Keliling Pulau Penyengat dengan Beca Motor

3 .00 ptg : Menaiki bot ke Bandar Tanjung Pinang.

Acara bebas

Makan malam di tepi laut

Hari ketiga:

7.30 pg : Sarapan

8.00 pg : ke Bazar membeli-belah

Makan tengahari

3.00 ptg : Bertolak ke jeti

3.30 ptg : Menaiki Feri ke Stulang Laut

6.00 ptg : dijangka sampai


**Pakej kami bermula di pelabuhan Stulang Laut, Johor Bahru

**Sila serahkan : Pasport antarabangsa @ berkumpulan,

deposit RM 250, 3 minggu sebelum tarikh yang bertolak.

Monday, May 10, 2010

Jom Join Kembara Nisa'@Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim..
Dalam mencari redha Allah, berjalanlah ke pelusuk alam sambil merenungi keindahan dan kehebatan ciptaan Allah al-Kholiq Yang Maha Mencipta agar jiwa tunduk tawadhuk menjadi hamba pada Yang Maha Penyayang.

Ziarah Kepulauan Riau, Indonesia


Masa : 3 hari 2 malam

Harga Pakej : RM 550

Pakej termasuk:
Tambang Feri pergi balik,
Penginapan & Makan

Penyertaan dibuka untuk semua..

InsyaAllah perjalanan menaiki feri yang selesa mengambil masa selama dua jam setengah ke Pulau Penyengat.
Sambil menghirup udara segar di atas pelantar,
kita akan dapat menikmati dan merasai kebesaran dan kehebatan Allah Al-Kholiq yang mencipta Alam Buana dan laut yang tidak bertepi,
langit yang menutupi serta jutaan rasa kagum pada kebesaran dan kekuasaanNya.
Di sana sebuah masjid yang dibina dengan campuran bahan termasuk putih telur akan dapat kita lawati.
Kita akan bersama-sama mengerjakan solat sunat di dalamnya.
Pulau Penyengat yang mempunyai lagenda tersendiri dengan ulama'-ulama' besar yang pernah bertapak serta mengembangkan agama Islam sehingga sampai ke Tanah Melayu.

Hubungi kami segera!

Friday, May 7, 2010

Jom Join Nisa' @ Putrajaya!

Selamat & Sejahtera Untuk Ibu seluruh Dunia

Dengan Nama Allah Maha Kasih lagi Maha Prihatin..

Pertamanya Nisa' BTR mengucapkan salam rindu penuh kasih buat insan istimewa,
yang telah melahirkan kami ke dunia ini..
insan yang melahirkan insan-insan yang mengasihi kami..
terima kasih Allah atas kurniaan Ibu untuk kami.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Sural al-Israa’:24)
Buat ibu-ibu yang pernah dan sedang bersungguh bertahan,
 meneruskan kehidupan demi menjaga amanah-amanah Tuhan.
Semoga tetap segala yang terbaik diganjarkan untukmu.
Sungguh benar sangat amat sukar menjaga amanah sebagai Ibu.
Membesarkan..membiarkan kami membesar.

Semalam mendapat berita pelajar berhenti sekolah kerana terlanjur berzina. Umur seawal 15 tahun harus memegang amanah sebagai isteri, ibu dan selamanya sebagai anak. Tidak kurang yang mendoakan dan berharap semoga mereka ini segera bertaubat kepada Allah. Mungkin usia yang terlalu muda, belum sempat mengenal hebatnya kasih sayang dan azab Tuhan Pemilik dirinya, justeru beliau pun terkandas dalam kancah zina dan maksiat yang dikeji Allah. Namun, tidak kurang juga mereka yang bergelak ketawa seolah-olah bangga. Maklumlah, mendapat cucu sulung. Saya yakin keriangan bercerita tentang pelajar ini bukan tolakan daripada rasa seronok atau niat untuk mengagung-agungkan zina. Tetapi, mungkin mereka terlupa wajah kemurkaan Allah yang sesuai dengan kemuliaan-Nya ketika mereka bersenang hati menceritakan gosip-gosip mungkar yang dikeji Allah.

Terlebih dahulu maafkan kami atas ketidakselesaan pengunjung melihat kebenaran ini..
Semoga tidak terlepas untuk mengambil iktibar daripada kisah ini..
Melalui hari-hari dengan berita-berita zina…

Esok anak-anak kita akan bertanya,
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu..
Ibu jumpa jejaka tu,
Ibu kata dia cintakan ibu,
Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu,
Dia rayu dan belai ibu,
Katanya cintanya hanya untuk ibu,
Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya,
Ibu terbuai dalam bicaranya,
Ibu terlena oleh bisikannya,
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu,
Ibu izin dia sentuh jasad ibu,
Ibu puas dapat buktikan setia ibu,
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu,

Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil,
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir,
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit,
tak berbakikah kasih dan sayang,
dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....








Dengan ini Nisa’ ingin mengajak semua menyokong kami…

Belia bebas zina..

Belia anti-zina..

Mohon doa semua semoga Allah melindungi nisa’ dan generasi pelapis nisa’ daripada mendapat cela dan murka Allah. Sesungguhnya, bukanlah kita yang mampu dan tahu menjaga diri kita. Hanya kepada Allah kita berdoa dan bergantung, semoga usaha ini dapat membina pertahanan diri yang ampuh,
seterusnya menjauhkan kita semua daripada cela dan murka-Nya.

Semoga kita semua mendapat keampunan Allah dan menjadi hamba-Nya bertaubat.

Jom Betulkan yang biasa, Biasakan yang Betul!

Wednesday, May 5, 2010

Jom Build Our Legacy!

Jom Join Nisa' @ KAU'10

KARNIVAL AURA UNGU 2010

(KAU’10)

Tarikh : 21 dan 22 Mei 2010
Masa : 10 am - 10 pm
Tempat : Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Penampilan Istimewa : Aishah, Heliza, Ustazah Nor Hafizah Musa (Bicara Ad-din)

Jumpa Di sana!