Friday, May 7, 2010

Selamat & Sejahtera Untuk Ibu seluruh Dunia

Dengan Nama Allah Maha Kasih lagi Maha Prihatin..

Pertamanya Nisa' BTR mengucapkan salam rindu penuh kasih buat insan istimewa,
yang telah melahirkan kami ke dunia ini..
insan yang melahirkan insan-insan yang mengasihi kami..
terima kasih Allah atas kurniaan Ibu untuk kami.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Sural al-Israa’:24)
Buat ibu-ibu yang pernah dan sedang bersungguh bertahan,
 meneruskan kehidupan demi menjaga amanah-amanah Tuhan.
Semoga tetap segala yang terbaik diganjarkan untukmu.
Sungguh benar sangat amat sukar menjaga amanah sebagai Ibu.
Membesarkan..membiarkan kami membesar.

Semalam mendapat berita pelajar berhenti sekolah kerana terlanjur berzina. Umur seawal 15 tahun harus memegang amanah sebagai isteri, ibu dan selamanya sebagai anak. Tidak kurang yang mendoakan dan berharap semoga mereka ini segera bertaubat kepada Allah. Mungkin usia yang terlalu muda, belum sempat mengenal hebatnya kasih sayang dan azab Tuhan Pemilik dirinya, justeru beliau pun terkandas dalam kancah zina dan maksiat yang dikeji Allah. Namun, tidak kurang juga mereka yang bergelak ketawa seolah-olah bangga. Maklumlah, mendapat cucu sulung. Saya yakin keriangan bercerita tentang pelajar ini bukan tolakan daripada rasa seronok atau niat untuk mengagung-agungkan zina. Tetapi, mungkin mereka terlupa wajah kemurkaan Allah yang sesuai dengan kemuliaan-Nya ketika mereka bersenang hati menceritakan gosip-gosip mungkar yang dikeji Allah.

Terlebih dahulu maafkan kami atas ketidakselesaan pengunjung melihat kebenaran ini..
Semoga tidak terlepas untuk mengambil iktibar daripada kisah ini..
Melalui hari-hari dengan berita-berita zina…

Esok anak-anak kita akan bertanya,
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu..
Ibu jumpa jejaka tu,
Ibu kata dia cintakan ibu,
Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu,
Dia rayu dan belai ibu,
Katanya cintanya hanya untuk ibu,
Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya,
Ibu terbuai dalam bicaranya,
Ibu terlena oleh bisikannya,
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu,
Ibu izin dia sentuh jasad ibu,
Ibu puas dapat buktikan setia ibu,
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu,

Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil,
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir,
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit,
tak berbakikah kasih dan sayang,
dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....








Dengan ini Nisa’ ingin mengajak semua menyokong kami…

Belia bebas zina..

Belia anti-zina..

Mohon doa semua semoga Allah melindungi nisa’ dan generasi pelapis nisa’ daripada mendapat cela dan murka Allah. Sesungguhnya, bukanlah kita yang mampu dan tahu menjaga diri kita. Hanya kepada Allah kita berdoa dan bergantung, semoga usaha ini dapat membina pertahanan diri yang ampuh,
seterusnya menjauhkan kita semua daripada cela dan murka-Nya.

Semoga kita semua mendapat keampunan Allah dan menjadi hamba-Nya bertaubat.