Kawan-kawan, umumnya kita semua mengetahui betapa kritikalnya kebejatan sosial yang melanda masyarakat kita dewasa ini. Maka, merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi Nisa’ atau sesiapa sahaja yang cuba memperbaiki kehidupan dan peradaban masyarakat kepada satu kehidupan yang lebih harmoni dan diredhai Allah. Justeru, inisiatif ini diambil untuk memberikan kesedaran kepada aset berharga ibu bapa,iaitu anak-anak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”. Berikut adalah impian dan harapan kami, supaya : - Menguatkan jati diri peserta tentang tujuan kehidupan. - Menyelaraskan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak untuk memastikan sokongan dalam perubahan peserta. - Memberi ruang kepada ibubapa dan anak untuk menilai semula sejauh mana kasih sayang telah bertapak dalam keluarga masing-masing. - Membina keluarga yang mempunyai matlamat kekeluargaan cemerlang yang bebas dari gejala-gejala sosial yang merosakkan. - Mewujudkan suasana keluarga yang saling menyokong dan memberi motivasi antara satu sama lain. - Memperkenalkan konsep keluarga rabbani sebagai pencetus kecemerlangan dalam kehidupan berkeluarga. Ayuh bersama Nisa' BTR kita laksanakan impian bersama.. |
klik @ pic pls =)