Monday, February 2, 2009
Bahagiakan jiwamu..
Ayuh kita bahagiakan jiwa dengan sentiasa rasa berbaik sangka
Satu perkara yg membuatkan jiwa kita rasa bahagia apabila, apa yg kita hajatkan..apa yang kita harapkan..apa yang kita minta..apa yg kita panjatkan pada Tuhan tercapai..
Macamana pula ye..bila apa yg kita hajatkan..apa yang kita harapkan..apa yang kita minta..apa yg kita panjatkan pada Tuhan…tidak tercapai..
Bahagia tak rasanya?
tahu tak kita…apabila Allah SWT masih lagi belum mengabulkan doa kita..setidak-tidaknya ada 3 sebab..
Pertama..kerana doa yg kita naikkan itu tidak baik untuk kita…kedua..mungkin kita memang belum masanya kita menerima amanah itu..dan ketiga…kerana Allah SWT akan menggantikannya dengan yang lebih baik yang tidak pernah kita sangka-sangka..
Jadi..tidak perlu ada rasa putus asa berdoa..kan dalam Al-Mukmin: 60 Allah SWT berfirman, “Berdoalah pada-Ku, nescaya Aku akan memperkenankan bagimu.”
Ini doa mereka yang sentiasa baik sangka pada TuhanNya..inilah yg sentiasa berfikiran positif..inilah jiwa yang bahagia apabila.. apa yg kita hajatkan..apa yang kita harapkan..apa yang kita minta..apa yg kita panjatkan pada Tuhan tercapai ataupun tidak tercapai..
Ketika ku mohon pd Tuhan kekuatan…Tuhan berikanku kesulitan.
Agar aku menjadi kuat..
Ketika ku mohon pada Tuhan kebijaksanaan..Tuhan berikanku masalah untuk kupecahkan..
Ketika ku mohon pada Tuhan kesejahteraan..Tuhan berikanku akal..
Agar boleh ku berfikir..
Ketika ku mohon pada Tuhan keberanian..Tuhan berikanku situasi bahaya untuk ku atasi..
Ketika ku mohon pada Tuhan sebuah cinta..Tuhan berikanku mereka yg bermasalah untuk ku bantu..
Ketika ku mohon pada Tuhan bantuan..Tuhan berikanku kesempatan..
Aku tidak pernah menerima apa yang aku minta..
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan..
Doaku terjawab sudah..
Terima kasih ya Tuhan..Engkaulah sebaik-baik Pengabul Harapan..
~nunwowro, inspirasi Musikalisasi Puisi LAPAR, karya Cichi Sukardjo.