Tuesday, February 17, 2009

Bahagiakan dirimu dengan se-simple al-Fatihah..


Tanpa kita sedar, al-Fatihah selesai di baca, kita pun rukuk, tanpa menyedari al-fatihah sudah berlalu begitu sahaja.
Mungkin juga kita melafazkan al-Fatihah dengan penuh penghayatan maknanya kalimah demi kalimah dalam al-Fatihah. Tapi ketahuikah kita rahsia makna kalimah demi kalimah yang kita fahami ini sebenarnya cukup membahagiakan kita.?
Bagi kita yang tertanya-tanya ‘bagaimana cara untuk membahagiakan Allah atas sekian nikmat yang dicurahkan’..sungguh kita tak akan mampu membahagiakan Allah, namun al-Fatihah ini mudah2n menjadi sedikit pemberian dan hadiah kita kepada Allah. Mudah2n juga menghilangkan derita persoalan menerima dan menerima dan terus menerima dalam diri kita. Rupanya ada juga ruang untuk kita memberi dan membalas cinta Agung. Rupanya ia semudah membaca al-Fatihah.
Semoga pintu mata hati manusia yang menanti dan mencari makin terbuka…
Semoga solat kita makin bermakna…
Semoga makin meningkat cinta kepada Allah dan Rasul-Nya…

Dari Abi Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan solat dan dia tidak membaca Ummul Quran, maka solatnya tidak sempurna”. Maka dikatakan kepada Abu Hurairah: “Sesungguhnya kami berada di belakang imam”, lalu beliau berkata: “bacalah surah al-Fatihah dalam dirimu (secara perlahan)”, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
Allah swt berfirman : “Aku membahagi solat itu menjadi 2 bahagian”,
antara Aku dan hamba-Ku berkata : “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”,
Allah berfirman : “Hamba-Ku memuji Aku”,
dan apabila dia mengatakan : “Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”,
Allah berfirman : “Hamba-Ku menyanjung Aku”,
dan apabila dia mengatakan : “Yang Menguasai di Hari Pembalasan”,
Allah berfirman : “Hamba-Ku mengagungkan Aku”,
Dan apabila dia mengatakan : “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta”,
Allah berfirman : “ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta”,
Dan apabila dia mengatakan : “Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”,
Allah berfirman : “ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta”.
(HR Muslim-sohih)

Nah! Ayuh kita meminta-minta kepada yang selayaknya dipinta2…
~ nunwowro, inspirasi susunan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, dalam Hadits-hadits Qudsy Pilihan.