Thursday, May 21, 2009

JOM.."Kembalikan Rasa Bertuhan, Rasa Beribu Bapa"..

..derita jiwa dgn anak sendiri..


ini bukan gambar rekaan..rempit..ponteng sekolah..hidu gam..syabu..ice..dadah..video lucah..klip lucah..gambar lucah..ini semua bukan rekaan..pecah rumah..curi motor..







hubungi ustaz Ahmadi: 016 314 9883
http://www.didikdiri.com/main2/

hanya kepadaNya dipasrahkan segala hasil usaha..
~ nunwowro

Wednesday, May 20, 2009

JOM.."Terangkan hati..Kuatkan ingatan!"



klik pada gambar ye..

~ nunwowro

JOM JOIN...BADMINTON TEAM nisa' WP


FRIENDLY MATCH
23 May 2009
8.00 am
DEWAN MBSA


"..minda yg cerdas dari makanan dan badan yang sihat.."

Tuesday, May 19, 2009

"Aku dibius CINTA..1"


Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,
pelbagai maksiat menular di sana-sini.
Pemuda meratah dara sesuka hati.
Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-riti.
Ah, sekotor inikah cinta anak muda?
Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi.
Tangan manusialah
yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang
mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.
“Ingat nikah tu senang?!”
Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah-tangga. Ingat!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,
Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh
syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).
Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah(bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina.
Awas! Hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,
Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah
sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar
cita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam
lautan cinta.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera
berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah
bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada
bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak
mereka. Betul kan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah.. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab.
Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.
Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita
berfikiran optimis.
Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas
pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).
Nah, Allah telahpun memberi jaminan!
Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari
al-Qurtubhi:
“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,
padahal Allah telah menjaminnya.”

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,
“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca
firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32.

Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa...

yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab...

rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun
sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja
sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Beliau bersabda:
“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh
dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan
keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang
paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka
laksanakanlah khitbah (pertunangan) .

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak
terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya
amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan
yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan,
“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).

Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?
Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada
Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.
“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia
menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka
berpuasalah.” (HR Bukhori).

~ kiriman ungguviolet, inspirasi tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin dlm 'SERUAN BUAT SI BELANGKAS'

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru..Cikgu..Teacher..Ustaz..Ustazah..

Salam Buat Cikgu Tersayang..
Nisa' Bandar Tun Razak ingin mengambil kesempatan mengucapkan...
Selamat Hari Guru
kepada semua guru-guru di dunia amnya..guru-guru sekolah..pendidik-pendidik di pusat pengajian..surau-surau..masjid-masjid..di mana saja..asal yang pernah mengajar kami walau 1 huruf sekalipun..khususnya.

semoga sentiasa berusaha melahirkan permata-permata pelapis Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal...
yang sentiasa menginsafi perit jerih ayah yang sentiasa bergelut dengan gelombang demi secicip rezeki yang halal..
yang sentiasa mengenang tabah hati ibu bergelumang dengan perit harian menyediakan keperluan luar dan dalam..
yang sentiasa menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan keluarganya dari kesengsaraan..

"Sepanjang kita bersama berjuang,
Cikgu sentiasa bersedia setiap kali saya bertanya soalan,
waktu rehat, waktu terluang, dan waktu pulang,
tak pernah jemu menerima saya dengan senyuman,
untuk membimbing saya yang kedangkalan ilmu pengetahuan,

sebagai manusia biasa, saya akui saya banyak kekurangan,
kadangkala saya melakukan kesilapan,
seringkali berlaku kecuaian,
tapi cikgu tidak pernah letih membetulkan,
yang salah cikgu tunjukkan,
yang tak betul cikgu tegurkan,
khabar saya selalu cikgu tanyakan,
besarnya jasa dan pengorbanan yang cikgu curahkan,
tak terbalas dengan wang ringgit mahupun emas segantang,
hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan,

cikgu, dirimu tak mungkin ada gantian,
andai ada kesilapan yang melukakan,
dan mengguris perasaan,
sepuluh jari saya hulurkan, pohon kemaafan,
ketahuilah saya tidak pernah sengaja melakukan,
mungkin saya sendiri kelalaian ataupun kealpaan,
memang fitrah kita sebagai insan,
jutaan terima kasih saya ucapkan,
atas segala tunjuk ajar dan penat lelah yang cikgu berikan,
bagi melihat saya menggapai kejayaan,

perjuangan ini baru bermula,
doakan saya terus gagah berusaha,
dan tak kenal erti putus asa,
kuat dan tabah walau apapun yang menimpa,
kerana hidup ini cuma sementara,
akhirat jualah yang abadi untuk selamanya,
saya sayang cikgu!!"

Nik Nur Madihah, 31 Mac 2009


~ nunwowro, inspirasi Catatan Hati Nik Nur Madihah 'Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan', tulisan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal dan Ummu Hani Abu Hassan

Thursday, May 14, 2009

Bila mama pakai celana..3

JEMPUT DATANG!!


ISTIMEWA...HARI IBU..
Nisa' Bandar Tun Razak ingin mengambil kesempatan mengucapkan...
Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di dunia amnya...ibu-ibu kami khususnya..
yang tidak pernah lekang bibirnya mendoakan kebaikan kami..
yang tidak pernah lekang di mindanya mendoakan keselamatan kami...
alhamdulillah..terima kasih banyak2 wahai ibu-ibu atas doanya selama ini...
jasamu..baktimu..pengorbananmu..tidak tertulis di sini..
semoga ibu-ibu diganjarkan Allah pengakhiran yang baik dan syurga firdausi..ameen.

Jemputan artis.."mawar putih untuk Mama"..

Tuesday, May 12, 2009

JOM SEMARAKKAN API CINTA..!

SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM ANJURAN MASJID AL-IMAM ASH-SHAFIE, KUALA LUMPUR

Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie,
Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100, KL
(bersebelahan Institut Kemahiran Baitulmal)

Aturcara:

8.00 pg : Pendaftaran

8.30 pg :
Ceramah 1- Mengenali Ciri-ciri Guru Mursyid dalam Amalan Tasawwuf oleh Al-Fadhil Ustaz Faisal b. Abd Hamid (Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM)

10.30 pg : Perasmian

10.50 pg : Minum pagi

11.10 pg :
Ceramah 2- Perkahwinan dan Pembubaran Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam serta Permasalahannya oleh Yang Arif Ustaz Husin b. Ahamad (Ketua Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan)

1.00tgh : Makan tengahari

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA, TEMPAT TERHAD

Hubungi MAIAS...
Tel: 03-92812472
Fax: 03-92008472
www.ash-shafie.org.my
email: maias@ash-shafie.org.my

~ungguviolet

Talkshow Nisa' kembali lagi - Setitis Air Mata Ibu




by: ungguviolet

Tuesday, May 5, 2009

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009 (K3G)

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009 (K3G)
"..PELUANG KEEMASAN KEPADA PARA GRADUAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.."

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan..
Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G)
yang akan diadakan pada..
15 Mei hingga 17 Mei 2009
bertempat di..
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan kepada graduan yang masih menganggur atau graduan yang sedang mencari pekerjaan tetap.

K3G akan disertai oleh 400 hingga 600 pempamer yang terdiri daripada:-
# Syarikat Swasta
# Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun
# Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
# Syarikat Senaraian Awam (Public listed company)
# Entepris Kecil dan Sederhana (SME)
# IPTA dan IPTS.

K3G ini adalah terbuka kepada graduan di peringkat..
Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Komuniti, Politeknik, dan IPTA serta IPTS.

K3G juga akan diisi oleh aktiviti-aktiviti berikut:
# Pameran Kerjaya dan Keusahawanan
# Bengkel Keusahawanan
# Ceramah dan Klinik Kerjaya
# Temuduga Terbuka
# Khidmat Perundingan/ Kaunseling Kerjaya
# Khidmat Perundingan Keusahawanan
# Klinik Resume
# Ceramah Motivasi

SISTEM PENDAFTARAN
Adalah dimaklumkan, satu sistem pendaftaran secara barcode akan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya karnival ini. Graduan adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan lebih awal melalui laman web..
www.mycef.com. my

PERINGATAN
Graduan juga adalah dipohon supaya..
i. Berpakaian kemas dan sopan untuk menghadiri karnival ini;
ii. Membuat pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pendaftaran pada hari karnival; dan
iii. Menyediakan dokumen penting seperti resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.

KEHADIRAN ANDA PASTI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN MENJADI SATU PERMULAAN YANG BERHARGA BAGI DIRI ANDA

Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari..
http://mycef.com.my/jobs/index.php

Sebarang pertanyaan berhubung Karnival ini bolehlah hubungi;
Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi di talian
03- 8883 6549/6535/6547/ 6573/6458/ 6548


~ ungguviolet

"bila mama pakai celana..2"

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk......mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasangan ku

Bila sedih, aku cari.......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut Hari Kekasih... Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkanlah..
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak.... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... .
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ........

Tapi kalau mak sudah tiada....... ...

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... ..


berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

~ kiriman ainul mardhiah

Monday, May 4, 2009

Belajar dari haiwan..rama-rama

bila ditanya antara rama-rama dan kupu-kupu..
semua akan pilih utk menjadi rama-rama
la..nk tangkap rama-rama la..

sebabnya..?

rama-rama itu cantik lagi indah..
semua manusia menginginkan yang indah-indah..cantik-cantik..
kerana suara hati yang menyintai kecantikan dan keindahan telah Allah tiupkan dalam hati kita..

cuma bila segumpal darah (hati) yang bersih itu ia akan lebih seni sentuhan hati mereka kepada kecantikan..lantas membawa kepada ketundukan dan kesyukuran..

sambung tentang kisah rama-rama tadi..1 dunia tahu rama-rama datangnya dari kepompong..kan ada lagu tadika.."dari ulat jadi kepompong.."

kepompong itulah perhentiannya bagi ulat tadi bertukar menjadi rama-rama yang sangat indah..sangat tidak munasabah dek akal (miracle)..
ulat yang menggelikan (setengah2 orang) tadi boleh bertukar menjadi rama-rama yang sangat indah..hentiannya hanya sebuah kelongsong yang kecil,sempit lagi gelap-gelita..boleh jadi merimaskan(???)

macam mana ulat tadi boleh subur dalam kepompong yang kosong tadi..?(bukan ada warna pelangi dalamnya pun).

jika ada tangan yang dengki..
cubalah dicucuk guna jarum kepompong tersebut untuk dilihat aktiviti ulat tadi..
pastinya esok bila keluarnya rama-rama, jadilah rama-rama yang pincang dan cacat..
sekecil2 lubang walaupun sebesar lubang jarum yang terbuka pada kepompong tadi memberikan kesan yang amat besar terhadap kecantikan rama-rama amnya dan kehidupan rama-rama khususnya..

rama-rama tadi tidak akan menjadi rama-rama yang indah dan cantik bila ada lubang kecil pada kepompongnya..apa entah nanti jadinya pada ulat tadi kalau tiada kepompong langsung..(???)

indahnya sindiran Tuhan kepada manusia..semoga kita berfikir daripada kejadian-Nya...

ulat yang mahu menjadi rama-rama itulah kita..

kepompong tadi itulah peraturan yang kita 'bina' dalam diri untuk melindungi diri kita daripada menjadi rama-rama yang pincang dan rosak tadi..

rama-rama yang indah dan cantik tadi itulah manusia yang indah lagi cantik peribadinya..

bila tiada langsung peraturan yang baginya sempit..jumud..menyesakkan..menyemak aje...tiadalah namanya rama-rama yang lahir malah kekallah ia seperti manusia yang lemah lembab seperti ulat..umur saje banyak..manfaatnya tiada..malah binasa sahaja yang dibawa..tapi rasanya ulat itu lebih mulia daripada kita, jika kita memilih menjadi manusia serupa ini..(ulat tidak dikurniakan akal, malah memberikan manfaat kepada manusia yang berfikir)

lubang yang kecil-kecil tadi itulah apabila kita memilih peraturan utk diikuti dan dipatuhi atau melonggar-longarkan..hasilnya manusia yang pincang peribadinya..aduhai rama-rama pincang dan cacat lagikan tak dipandang..inikan pula manusia..kita kalau tahu pun tak mahu dekat..bimbang nanti termakan hati dan merosak diri..

anggaplah peraturan itulah aturan yang terbaik daripada-Nya untuk lahirkan kita sebagai modal insan yang indah peribadinya..
biarpun nampak gelap-gelita, jumud, sempit yang menyesakkan,dan sebagainya..tapi hasilnya nanti kan digilai dan disukai ramai..

peraturan itu adalah nasihat..kejujuran..nasihat yang perlu diterima dengan jujur..
sekarang pilihlah wahai rama-rama yang indah..

P/S: hikmah peraturan ini lebih indah daripada apa yang dikongsikan.


~ nunwowro, inspirasi Apabila Haiwan Menjadi Guru, tulisan Ust Sahrulazmi..semoga Allah memberkati beliau sekeluarga..

Sunday, May 3, 2009

JOM JOIN...BADMINTON TEAM nisa' WP


JOM..!temui team nisa'..

5,12,19 dan 26 Mei 2009..
di court desa Tasik...

8 Mei 2009..
di court Setapak...

~nunwowro

"bila mama pakai celana..1"

assalamualaikum warahmatullah anakku,

semoga dirimu ceria dan bahagia ketika ini,
anakku..
hamba Allah yang arif dengan bahaya dan bencana dosa,dia akan berusaha menjauhi dosa,
ketakutannya kepada dosa bukan sesuatu yang dibuat-buat,
tetapi ia umpama takutnya orang yang tahu akan bisa ular dengan ular.
dosa ini jauh lebih bisa daripada bisa ular.
dosa membawa kepada matinya hati.
dosa merenggang dan menjauhkan hubungan hamba dengan Allah.
kita tidak mungkin boleh hidup di atas muka bumi Allah tanpa perhatian dan belas kasih dari Allah.
lalu, mana mungkin kita boleh hidup berkompromi dengan dosa yang bisa dan bahaya.

ibu telah lalui hidup ini, nak..
ibu telah rasai sengsaranya menjadi hamba yang berdosa,
dosa telah membuatkan wajah kita keruh,
hati kita sakit,
fikiran kita tidak jernih.
dosa juga menghijab kita dari mengenali dan merasai kewujudan Allah yang amat dekat dengan kita.
dosa juga yang mendorong hati kita terpaut dengan dunia dan mengecilkan nilai akhirat di hati kita..
lebih 1001 macam jenis dosa yang sangat subur di sekelliling kita.

astaghfirullahal azim..kami mohon keampunan-Mu Yang Maha Agung..

sematkanlah dlm dirimu anakku,
mudah-mudahan Allah akan sentiasa membina tembok antara kita dan dosa.
Ampunilah hamba yang bersalah ini dan jauhkanlah aku dari kehidupan yang bergelumang dosa Wahai Tuhan Yang Maha Mengampuni..

~nunwowro, inspirasi Dari Lubuk Hati Ibu, tulisan hati Ustazah Nor Hafizah Musa