Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru..Cikgu..Teacher..Ustaz..Ustazah..

Salam Buat Cikgu Tersayang..
Nisa' Bandar Tun Razak ingin mengambil kesempatan mengucapkan...
Selamat Hari Guru
kepada semua guru-guru di dunia amnya..guru-guru sekolah..pendidik-pendidik di pusat pengajian..surau-surau..masjid-masjid..di mana saja..asal yang pernah mengajar kami walau 1 huruf sekalipun..khususnya.

semoga sentiasa berusaha melahirkan permata-permata pelapis Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal...
yang sentiasa menginsafi perit jerih ayah yang sentiasa bergelut dengan gelombang demi secicip rezeki yang halal..
yang sentiasa mengenang tabah hati ibu bergelumang dengan perit harian menyediakan keperluan luar dan dalam..
yang sentiasa menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan keluarganya dari kesengsaraan..

"Sepanjang kita bersama berjuang,
Cikgu sentiasa bersedia setiap kali saya bertanya soalan,
waktu rehat, waktu terluang, dan waktu pulang,
tak pernah jemu menerima saya dengan senyuman,
untuk membimbing saya yang kedangkalan ilmu pengetahuan,

sebagai manusia biasa, saya akui saya banyak kekurangan,
kadangkala saya melakukan kesilapan,
seringkali berlaku kecuaian,
tapi cikgu tidak pernah letih membetulkan,
yang salah cikgu tunjukkan,
yang tak betul cikgu tegurkan,
khabar saya selalu cikgu tanyakan,
besarnya jasa dan pengorbanan yang cikgu curahkan,
tak terbalas dengan wang ringgit mahupun emas segantang,
hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan,

cikgu, dirimu tak mungkin ada gantian,
andai ada kesilapan yang melukakan,
dan mengguris perasaan,
sepuluh jari saya hulurkan, pohon kemaafan,
ketahuilah saya tidak pernah sengaja melakukan,
mungkin saya sendiri kelalaian ataupun kealpaan,
memang fitrah kita sebagai insan,
jutaan terima kasih saya ucapkan,
atas segala tunjuk ajar dan penat lelah yang cikgu berikan,
bagi melihat saya menggapai kejayaan,

perjuangan ini baru bermula,
doakan saya terus gagah berusaha,
dan tak kenal erti putus asa,
kuat dan tabah walau apapun yang menimpa,
kerana hidup ini cuma sementara,
akhirat jualah yang abadi untuk selamanya,
saya sayang cikgu!!"

Nik Nur Madihah, 31 Mac 2009


~ nunwowro, inspirasi Catatan Hati Nik Nur Madihah 'Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan', tulisan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal dan Ummu Hani Abu Hassan