-=2 Januari 2010=-
Alhamdulillah, Nisa’ Small Kindness (NSK) kawasan Bandar Tun Razak sempena ‘Ceria Kembali ke Sekolah’ telah berlangsung dengan lancar semudah kereta yang meluncur laju membawa kami ke rumah penerima NSK. Nisa' Bandar Tun Razak telah bersama-sama turun bagi menjayakan program ini.Perjalanan ke rumah adik Ahmad Fadhlul Iman b. Ahmad Bunaddin. Adik Iman baru sahaja memperoleh keputusan PMR dan berhasrat menyambung pengajian ke sekolah vokasional atas saranan keluarganya. Difahamkan ibu Iman adalah di kalangan ibu tunggal.
Program NSK Nisa' Kawasan Bandar Tun Razak buat hari itu berakhir di situ. Dalam perjalanan pulang, salah seorang ahli mengutarakan pendapat agar sumbangan NSK ini turut diberi kepada adik Nadia yang tinggal di rumah pangsa Sri Kota memandangkan pertemuan sebelum ini meninggalkan bekas di hati penyumbang NSK tentang kesusahan yang dialami keluarganya.
-=8 Januari 2010=-
NSK Bandar Tun Razak diteruskan lagi dengan memberi sedikit sumbangan kepada adik Muhammad Fazly Bin Muhammad Lim yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang sebelah tonsilnya. Lawatan pada petang Jumaat itu dibuat di Wad Pembedahan 4K.
Adik Fazly yang kini berusia 8 tahun merupakan anak kepada pasangan, Puan Rohani dan En. Muhammad Lim yang masing- masing merupakan saudara baru Islam. Puan Rohani tidak bekerja manakala En. Muhammad Lim hanya bekerja di kilang.
Difahamkan juga, mereka mempunyai beberapa orang anak istimewa yang memerlukan perhatian.
----------------