Wednesday, January 20, 2010

Rasulullah mahu kita MAMPU

Dengan nama Allah..yang Maha Perkasa..Memiliki segalanya..
kami berlindung kepada-Mu daripada 1 saat yang menyesatkan dan melalaikan kami..
selawat salam kasih yang terbaik buat rasulullah..
allahumma solli ala muhammad..wa ala aali muhammad..
.........
peristiwa di gua hira'...
ketika rasulullah sendiri..
membawa diri..
hatinya sepi dengan jawapan..
untuk sekian juta soalan..



siapa di balik langit..
yang menaungi kami..



 siapa di balik bulan..
yang memberikan cahaya malam..
siapa di balik bintang..
yang memberikan keindahan di mata dan kedamaian di hati..




siapa di balik bukit...
yang meneguhkan..



 siapa di balik awan..
yang menaungi dari panasnya matahari..



siapa di balik mentari..
yang memberi..



siapa di balik kejadian diri ini..
yang memberi..

siapa..yang..
siapa..yang..

mem..beri..
..........

kita terima segalanya..
tanpa kenal siapa..
siapakah pemberi Agung yang sungguh mulia itu..



.............
rasulullah menanti dan menanti jawapan..
dengan lemah dirinya menerima jawapan ini..
untuk kita jawapan ini..
allahumma solli ala muhammad..
.........

baginda mengaku tidak pandai..
juga tidak mampu..
kerana memang baginda tidak tahu..
baginda tidak mampu meneruskan apa yang tidak tahu untuk dilaksanakan..
IQRA'!..
baginda di'paksa' untuk menyebutnya..
BACALAH!

kasihan..rasulullah tidak mampu..
berulang kali baginda mencuba..tapi tetap tidak mampu..
baginda makin lemah fizikalnya..getaran hati makin kuat..peluh makin melebat..
rasulullah menggigil..

I.Q.R.A'
terduduk lemah..

pulangnya dengan ketakutan..
alangkah rumitnya baginda untuk meluahkan perasaannya selepas pulang dari bukit nur..
disambut tenang oleh isteri yang tercinta..
rangkulan yang menghangatkan hati..
baginda kembali beransur tenang..damai..

....
bila kita merasakan sangat amat lemah..
bertahanlah seketika..
kenangkan rasulullah..
baginda dulu tidak mampu. kerana buta huruf.
tapi dgn tubuh yang makin lemah..baginda tetap cuba..

keluarlah daripada bibir baginda yang mullia..
IQRA'!
alhamdulillah..

sebenarnya..sejauhmana kita rasa kita tidak mampu..
ketahuilah..dekat kita rasulullah telah mengajar kita untuk bangun dan teruskan hidup ini..
walaupun kita..
tidak pandai..tidak tahu..tidak mampu..
sedar kita sangat amat tidak mampu...

bangunkan hati untuk kuat..
melafazkan..
MAMPU!

rawatlah hati yang jatuh dengan teladan ditunjuk rasulullah,
usahlah kita mengalah..
rasulullah tidak pernah mengalah..
biarpun jsadnya terduduk lemah..
baginda tetap bangun..
ketahuilah...
kita mampu untuk..BANGUN!



Allah..tiada Tuhan yang kami sembah..melainkan Engkau..Allah..
takbir!
Allahu akbar!