Thursday, January 15, 2009
ALLAH
Mungkin dalam hidup ini ada yang mengabaikan Allah. Allah diperlukan hanya apabila gagal dalam hidup. Allah hanyalah perkara sampingan dan bukan lagi tujuan utama dalam tindakannya..Tuhan sekadar tempat pelarian dan bukan lagi tujuan.
Ibn Abbas bercerita:
“Suatu hari, ketika saya berjalan di belakang nabi, lalu beliau berkata kepada saya, “Wahai anak muda! Sungguh saya ajarkan kamu beberapa kalimah, ‘peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, peliharalah Allah, pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan oleh Allah kepada kamu, dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu, melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kamu. Mata pena diangkat dan lembaran sudah ditutup”..”- Hadis dilaporkan oleh Tirmizi.
Binalah cita-cita yang besar dan berfikirlah ke hadapan. Kita akan sentiasa bersamanya. Dia tidak pernah meninggalkan kita. Sekalipun tanpa disedari, kita meninggalkan-Nya dan mencampakkan-Nya. Istighfarlah kita. Pada saat ini, jangan bertangguh lagi walaupun sesaat, kembalilah kepada-Nya sekarang. Dia sedang menunggu kita dan akan membimbing kita. Allah menjelaskan dalam surah Fussilat:31, yang bermaksud, “Kamilah pelindung kamu dalam kehidupan di dunia dan akhirat; di dalamnya kamu dapat apa yang kamu mahu dan mendapat (pula) apa yang kamu minta.”
~ nunwowro, inspirasi karya Sulaiman Al-Kumayi, 99Q KECERDASAN BERASASKAN ASMAUL HUSNA.