Thursday, January 15, 2009

Salahkah cinta..


Salahkah cinta..dari mata..ia sendiri turun ke hati..
Salahkah cinta kerana nafsu..bukankah nafsu juga dari Tuhan..
Apa salahnya?
Namun, ketahuilah..apa yang dilihat oleh mata bukan hakikat..
Biar hati mengawal mata..bukan mata mengawal hati..
Hati dapat ‘memproses’ apa yang tersurat..menjadikannya hakikat.
Cinta kelas pertama letaknya pada hati..
“mata yang ada di dalam hati”..itulah mata hati..(al-Hajj:46)
dan cinta kelas kedua letaknya di mata..
malangnya cinta kelas pertama ini sering tidak mendapat tempat di hati manusia..
semuanya dinilai pada kecantikan rambut, keputihan wajah, kegebuan pipi, kerampingan tubuh badan, keputihan gigi..inilah nilaian mata..inilah cinta murah..inilah cinta fitrah..
mata biasa mampu melihat ‘body’ yang berubah..tetapi mata hati mampu melihat budi yang kekal abadi..
Cinta kelas kedua..cinta nafsu..bila wajah kendur..cintanya luntur..

Cinta kelas pertama..cinta Allah..kekal..malah mampu meningkatkan rasa cinta walau apa pun perubahan yang berlaku..di sinilah tapak cinta itu..dihati..bukan dimata..
Kata orang, cinta itu buta, bila sudah jatuh cinta, semuanya indah sahaja, yang bercinta..buta matanya..
Tapi cinta sejati itu yang tetap celik mata hatinya..

~ nunwowro, inspirasi daripada karya Pahrol Muhd Juoi, TENTANG CINTA ~