Monday, March 23, 2009

di mana kan ku cari ganti..ratuku tiada pengganti


berkongsi calong ais krim, bergilir-gilir menjilat ais krim..
geletek pinggang berbalas-balas..
semua tu tak mengundang pun rasa malu..
biarpun orang sekeliling tengok..
biarpun cikgu tengok sekalipun gelagatnya..buat slumber je..
"kami dah biasa!"
tapi kalau berpeluk-pelukan berbalas-balas dengan cium-ciuman belakang bas sekolah dekat dengan Taman Mulia tu malu pula bila direnung dan dikantoikan..
ada benda yang malu..bila terkantoi macam ni..
ada benda yang langsung tak mengundang malu..bila orang keliling tengok masih buat slumber..
sebenarnya nak malu dgn siapa?..
aduhai si bunga raya (kebanggaan Malaysia)..jadilah seperti bunga sakura (kebanggan Jepun)..hayatnya singkat tapi penuh manfaat..

ratuku..
ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan..
tentang kebimbanganku ini..





tatkala melihat bunga2 berguguran
dipetik tangan2 yang ganas lagi bernafsu serakah..


ratuku..
kebimbanganku ini masih lagi menebal..
apabila kudengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu..
walau tanpa redhamu..

ratuku..
kebimbanganku bertambah lagi apabila melihat bunga yg tidak segan-silu melampiaskan kecantikannya...
ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang selama ini yang menutupinya..

ratuku..
aku masih terpinga-pinga..
adakah mungkin masih wujud ratu idaman hatiku..
kerana apa yang kulihat hari ini semakin banyak bunga-bunga gugur..
bagaikan tibanya musim luruh..


ratuku..
bukanlah aku harap engkau segigih siti hajar..yang berlari-lari antara safa dan marwa..
bukan juga kesetiaan ainul mardhiyyah yang menanti kekasihnya di pintu syurga..


ratuku..
akuilah hakikat yang tersurat..
engkau bukan siti khadijah..
mahupun siti fatimah..
engkau bukan aishah..
bukan juga rabiatul adawiyah..
wanita suci terpuji..

kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
cukuplah sekadar engkau cuba mencontohi bunga2 itu..
kembang mekar mewangi..
sehingga harumannya melewati pintu2 syurga..

jangan kau risau ratuku..
kadang2 musim berganti sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar..
tetapi itu hanyalah ujian buatmu..

ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba..
dan engkau akan mampu berkembang lagi..
cuma yang aku harapkan ketika itu..
engkau jaga kelopakmu itu..

jgn sampai tangan2 kasar memetikmu lagi..
jgn pula kumbang2 ganas menghisap madu..






jgn biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu..
kerana kau ratu di dalam kalbu..








ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu..
walaupun kadang2 aku tertarik memandangnya..
tetapi bukan itu yang kuharapkan..
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum lega..
kerana akan aku temui..
ratu yang benar2 ratu..

~nunwowro, inspirasi bunga sakura, hayatnya singkat tapi penuh manfaat dan tulisan seoarang Hamba Allah bernama lelaki. semoga Allah memberkatinya..