Thursday, March 26, 2009
semua orang telah tidur..tapi ada 1 lagi yang tak tidur..
"Teman lelaki beri nafkah zahir batin"
SAYA baru berusia 20 tahun dan ada teman lelaki yang saya kenali sejak alam persekolahan. Kini hubungan kami masuk tahun keempat. Saya menyayangi kekasih saya, malah bergantung padanya walaupun hakikatnya saya bekerja dan dia masih belajar.
Masalah yang saya hadapi terlalu rumit untuk diungkapkan dan benar-benar meruntun hati. Untuk pengetahuan Dang Setia, saya dan teman lelaki sering terlanjur. Kami sudah tidak memikirkan dosa. Bila ada saja peluang, pasti kami lakukannya.
Pernah juga saya suarakan rasa hati untuk berhenti melakukan zina. Namun iman saya tidak kuat. Saya mudah sangat cair bila teman lelaki mengajak. Sememangnya jahatnya nafsu lebih hebat daripada syaitan.
Masalah saya kini lebih rumit bila saya mendapat tahu adik saudara saya mengkhianati saya apabila dia meniduri teman lelaki saya. Yang paling saya tidak boleh terima, mereka berdua adalah orang paling saya sayang dan percaya.
Diceritakan, ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. sesampai di kampung yang sunyi ketika orang2 sudah tidur.
lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. si wanita itu pun menyahut, "lihatlah apakah orang2 telah tidur semuanya?".
dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya akan dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat2 sejenak. setelah jelas semua orang tidur (line dah clear..mungkin),segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, "benar semua orang telah tidur."
Lalu wanita itu bertanya, "bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?"..
Lelaki itu menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."
Wanita itu berkata lagi, "Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat.
Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, "Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?" Lelaki itu menjawab: "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."
"ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun yang jatuh dari pohonnya"-maksud hadis Rasulullah SAW..
apalah lagi nikmat yang paling membahagiakan di dunia ni melainkan keampunan Allah..
semoga kita semua berada dalam keampunan Allah..
~ nunwowro, inspirasi akhbar harian metro 19 Jan 2009 dan terjemahan kitab Mukashafah al-Qulub, Penenang Jiwa, al-imam al-Ghazali.