Friday, April 17, 2009

Belajar dari Umar..1..6..5


Dari Umar radiallahu 'anh, katanya:

"Pada suatu hari kami duduk di sisi Rasulullah sallahualaihu alaihai wa sallam tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang bersanggatan putih kainnya, bersanggatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang edang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi sallallahualaihi wa sallam lalu ia menyandarkan 2 lututnya kepada 2 lutut Nabi sallahualaihu alaihai wa sallam dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas 2 peha Nabi sallahualaihu alaihai wa sallam.

Kemudian ia berkata : Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku dari hal Islam.

Maka Rasulullah berkata : Islam itu ialah apabila engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadhan, dan engkau mengerjakan Haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya.

Ia berkata : Benarlah engkau.

Maka kami pun tercengang kerana ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Katanya lagi : Maka khabarkan kepadaku darihal iman.

Rasulullah menjawab : Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada taqdir baikNya dan jahatNya.

Ia berkata : Benarlah engkau.

Kemudian dia bertanya lagi : Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal ihsan.

Rasulullah menjawab : Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat engkau.

Akhirnya ia berkata (meneruskan pertanyaannya lagi) : Maka khabarkan kepadaku darihal Hari Qiyamat.

Rasulullah menjawab : Tidaklah yang datang daripadaNya lebih tahu daripada orang yang bertanya.

Kalau begitu, katanya : Khabarkan kepadaku tanda-tandaNya sahaja.

Rasulullah menjawab : Tanda-tandanya itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut, tdak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggikan binaan.

Kemudian ia pun pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu, Rasulullah bertanya : Wahai Umar, adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu?

Kataku : Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Rasulullah berkata : Sesungguhnya itulah dia Jibrail yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu."

- diriwayatkan oleh Muslim..

~ nunwowro, inspirasi Hadis 2, dapatkan syarahnya daripada Hadis 40, susunan Mustafa 'Abdul Rahman.