Monday, April 27, 2009

JOM..Cinta Sebelum Kahwin

..selepas engkau benar-benar berani hadapi semua ini..


# kelak dirimu ibarat lembu yg ditarik hidung oleh nafsu.

# menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagimu seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanmu daripada-Nya.

# hati akan terseksa dengan barah rindu.

# rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

# cinta lalai akan menyebabkanmu alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

# engkau boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

# fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

# jiwamu terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk dirimu.

# jika engkau dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat engkau pastinya.

dgn harapan semoga terjawab soalan ni, "boleh ke teacher kalau baru form 1 ada couple?"..budak baik..soalannya pun baik sekali..
kejarlah Allah SWT sebelum mengejar manusia. tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, pasti kau tidak akan mudah utk merasa bahagia. sia-sialah segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. kelak ia akan meluputkan berkat hidupmu..

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika solat, kedua ketika membaca al quran dan ketiga ketika engkau mengingati kematian. Jika pada tiga tempat itu engkau tidak menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya engkau ketika itu tidak memiliki hati"- Al Imam Al Ghazali


buat yang pernah tersilap..usah dikesali takdirmu..sesalilah dosa-dosamu yang lalu..supaya engkau lahir hari ini sebagai orang baru..
nama si dia telah pun tercatat di lohmahfuz untukmu..namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu..jika engkau mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah..soleh dan solehahkanlah dirimu..

~ nunwowro, inspirasi Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul, tulisan Fatimah Syarha.