Thursday, July 30, 2009
Soul Searching..
"..katakanlah, Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu satu, dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri." - Al-ankabut: 46
meyakini bahawa menyampaikan kebenaran itu wajib bagi setiap 'believers', maka kedua-dua merasakan perlu ada pencerahan antara satu dengan yang lain.
menyedari juga bahawa mereka yang "ingkar" itu adalah mereka yang menutup kebenaran, justeru harus disampaikan kebenaran kepada semua umat manusia, atas rasa kasih dan sayang sesama insan. selebihnya terserah untuk memilihnya.
mudahan2 TUHAN membuka pintu2 hati kita menerima petunjuk dan pertolongan-Nya.
Din : Saya ingin bertanya, apa alasan saudara bahawa Jesus itu anak Tuhan?
Antony : Dalam Matius, fasal 3, ayat 17, menyebut demikian,
"Inilah anak-Ku yang Ku kasihi, kepadanya Aku berkenan."
Manakala dalam Lukas, fasal 4, ayat 41, menyebut, Jesus itu anak Allah.
Din : Kalau begitu, sila buka Matius, fasal 5, ayat 9..?
Antoni : "Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, kerana mereka itu akan disebut anak-anak Allah."
Din : Berdasarkan ayat itu, sesiapa yang mendamaikan manusia menjadi anak-anak Allah juga. Jadi bukan Jesus sahaja anak Allah.
Antoni : Ada lagi, ayat lain dalam Yahya, fasal 14, ayat 9,
"Sesiapa yang sudah nampak Aku, ia sudah nampak Bapa".
Ayat 10 juga ada menyebut,
"Tidakkah kau percayai Aku ini di dalam bapa, dan bapa dalam Aku".
Din : Baiklah, sila periksa Yahya, fasal 17, ayat 23.
Antoni : "Aku di dalam mereka itu, dan engkau di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna dalam Persekutuan".
Din : Kata 'mereka' dalam ayat ini ialah sahabat Jesus. Sedangkan yang dimaksud dengan 'Aku' ialah Tuhan. Jadi kata 'Aku' beserta 'mereka' bererti Tuhan beserta sahabat2 Jesus.
Kalau saudara percaya mengenai kesatuan Jesus dengan bapa, maka saudara pun harus percaya dengan sahabat Jesus yang seramai 12 orang.
Jadi bukan Jesus dan roh suci sahaja menjadi satu dengan Tuhan, harus ditambah 12 orang lagi.
Antoni : Tunggu dulu ustaz. Ini membingungkan saya.
Din : Tentu lebih membingungkan saudara kalau saya tunjukkan ayat yang lain. Sila periksa, Yahya, fasal 17, ayat 3.
Antoni : "Inilah hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau. Allah yang Esa dan Jesus yang telah Engkau suruhkan itu".
Din : Tuhan yang Esa bererti satu. Dan ayat ini juga menyebut bahawa Jesus Kristus itu Pesuruh Allah.
Jadi yang mana benar?
Bible yang diakui kitab suci oleh saudara...
tetapi isinya bertentangan antara satu dengan lain..ada ayat yang menyebut Tuhan dengan Jesus menjadi satu. Ada yang menyebut tunggal, sedangkan ayat tadi pula menyebut Jesus itu pesuruh Allah.
Mengikut pengakuan saudara suatu kitab suci yang kandungan ayat-ayatnya bertentangan antara satu dengan yang lain terbatal kesuciannya. Yang disebut suci itu bersih dari kekeliruan dan perselisihan.
Antoni :Ada lagikah ayat yang menyebut demikian? Maksud saya yang menyebut Tuhan itu Esa (satu), bukan tiga menjadi satu..Ada?
...
...
"Dan janganlah kamu berdebat (berdialog) dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), melainkan dengan cara yang terbaik.." Al-ankabut: 46
~ nunwowro, inspirasi komik "Mencari Kebenaran" terbitan Persatuan Ulama' Malaysia.