"Malek boleh 'buat job' dalam masa beberapa minit je"
"Saya tak pernah buat pun, saya cuma pernah ikut dia je"
'buat job'?
budak-budak sekolah pun pandai 'job'
"Si Malek yang darjah 6 sekolah tut tu?"
curi motor..pecah kereta..ragut-meragut..inilah 'job'..
adikku Malek..
inilah 'job' pilihan hidup di dunia bagi ahli-ahli neraka. mungkin belum pernah sampai ke telinga Malek tentang tempat yang kekal abadi ini..akhirat.
sibuk 'buat job' kan..sampai tak sempat nak pergi sekolah.terlepas la nak dengar tentangnya daripada ustaz dan ustazah.
akak kongsikan..
Neraka jahanam yang hitam gelap:
Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:
“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam".
Apa yang berlaku di lembah jahanam:
Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda:
“Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”
Bagaimana dalamnya dasar jahanam:
Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata:
telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:
“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”
'Saya' yang tak pernah buat pun tidak kurang hebatnya azabnya Tuhan..
Barang Yang ditempa oleh ahli neraka:
Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda:
“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”
Buruknya rupa ahli neraka:
Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:
“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”
Kemudian kita akan menangis dengan tangisan yang kuat sekali.
Minuman ahli neraka:
Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)
Sabda Baginda:
“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya".
Firman Allah:
“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka(taliperut).”(Muhammad: 15)
dan firman-Nya:
“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk.” (al-Kahfi 29)
Makanan ahli neraka:
Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)
Maka sabda Rasulullah s.a.w.:
“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagaimanakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”
Besarnya ahli neraka:
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:
“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya".
Tangisan ahli neraka:
Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahu-perahu maka akan hanyut".
ayuh berteru-terang sahaja dengan Allah...
"..Tuhan-Mu luas ampunan-Nya" (An-Najm:32)
"..Allah tiada pernah menganiaya hamba-hamba-Nya"(Ali-Imran:182)
malunya menjadi ex-alumni neraka yang sekarang mula berpindah ke syurga..
inilah peringatan buat Malek amnya dan kami khususnya..
kerana meyakini...
"Mereka itu Allah mengetahui apa yang berada dalam hatinya. Maka berpalinglah kamu daripadanya, tetapi berilah mereka peringatan, dan katakanlah kepada mereka mengenai dirinya sendiri, kata-kata yang berbekas di jiwa".(Al-A'la:1-3)
"mahu ke mana Malek lepas ini?"
Jom Join kami di Nisa' BTR..kita sama-sama cari peringatan untuk diri.
Pendaftaran Teen Circle kepada yang berminat, sukacitanya hubungilah: ustazah suhana, 017 259 8436.
p/s:gambar di atas hanyalah hiasan.Ayat2 Allah ini luas iktibarnya kepada manusia, ambillah 1 makna daripada sekian luasnya maknanya.
~ nunwowro, inspirasi Menuju Ketaqwaan tulisan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, semoga keredhaan Allah sentiasa bersama beliau sekeluarga.