Wednesday, July 29, 2009

Usah Putus Harap..



Hari ini ‘bad luck’…semuanya buat kita ‘bengang’..inilah nasibku yang ‘malang’..

Aduh! Sebenarnya kebutaan dan kejahilan yang melampau..

Kerana keraguan, bisikan dan kebimbangan yang diwujudkan sendiri…
Rasa ‘sakit hati’ yang bertubi-tubi inilah yang menjerumuskan kita kepada putus asa atau putus harap..

Ayuh ubah arah sikap kita..buang jauh persepsi kita..
Terhadap Al-Quran yang Agung lagi Mulia..
Ketahuilah..
Ia panduan, rahmat dan khabar gembira…malah lebih luas lagi hikmahnya..

Setiap peristiwa yang menimpa kita adalah yang terbaik untuk kita..
Dia yang Maha Esa..Dia Maha Berkehendak..
mencipta yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.
Dia Allah..
telah mencipta banyak kebaikan daripada peristiwa-peristiwa yang melanda kita..
Kita..
Menerima nikmat mendengar, tanpa perlu diminta telinga untuk mendengar..
Menerima nikmat kaki berjalan, tanpa perlu diminta kaki untuk berjalan..

Justeru..pada-Nya hanya kita berharap..

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..” – al-Baqarah:216

Menyedari hakikat sesuatu datangnya daripada Allah….
Melalui-Nya akan menyebabkan orang yang beriman tidak merasa sedih atau negatif..
Melalui-Nya mereka tidak terjerumus ke dalam putus asa di dalam apa keadaan sekalipun...
Malah melalui-Nya lahir akhlak yang terbaik.
Tiadalah langkah yang sumbang dan sumbing..



"...sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap.."
- as-Sajdah:16

Ayuh tinggalkan putus harap!
Ayuh sentiasa berharap dan teruskan berharap!

"..jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." - surah Yusuf:87

semoga dijauhkan daripada belenggu syaitan dan putus harap..

~ nunwowro, inspirasi karangan Harun Yahya dalam Prasangka Baik di dalam Al-Quran dan diterjemahkan oleh Noraine Abu. Semoga Allah merahmati usaha mereka..